Daisypath Friendship tickers

Isnin, 24 Ogos 2015

Dear My Future Son/Daughter!

Assalamualaikum..Annyeonghaseyo yorobun..Whaddap!


Holla my cutie and awesome son/daughter..hey im writing this letter for u because of various reason..*wah!Dah macam wat essay masa zaman skola rendah dulu le plak..hahaha

Kehadapan *sebab "Future"* anak-anak Emak,

hehehe aceceh..hey serius ni..*muke serius* mak nak cakap ni..mak happy dapat korang..mak jugak rasa bertuah..sebab nye tak semua orang senang nak dapat anak oke..

Abah korang tu dah la encem, baik pulak tu..hihihi yeke? erm mak harap la.. Abah korang tu kan ketua keluarga so dah semesti nye dia yang bimbing keluarga kita dalam semua perkara..paling di UTAMAKAN semestinya la bab AGAMA..yang ni penting oke..sejahat mana atau sekejam mana sesorang itu jika agama nya mendahului segala perkara, insyaallah hidup terjamin..

Sayang, emak tak bagi korang main gedget bukan ape..sebabnye emak nak korang rasa main dan makan pasir, main masak-masak, main pondok-pondok, main cikgu-cikgu, main kejar-kejar, panjat pokok, mandi sungai, curi ayam jiran (eh yang ni JANGAN), buat senapang kayu, modified basikal dan sebagainye la..

Seronok tau tak.. Imaginasi kalian haruslah seluas imaginasi mak dulu.. Biar la sel-sel otak kalian tu berhubung.. hahaha dah macam iklan susu formula la plak.. kikiki

Ade fakta mengatakan, tidak elok biarkan bayi atau kanak-kanak bawah 12 Tahun main dengan gadjet ni.. Membantutkan perkembangan minda anak.. Fakta atau auta tu mak tak berapa nak sure sangat.. Maklum la mak ni belajar takat SPM je.. Apa yang mak pasti kalian takkan mati la kalau tak main gadjet ni.. Mak sendiri pertama kali pakai handphone masa umur 13 tahun.. Masa tu mak pakai Nokia 3310 je.. kebal woo handphone tu.. Baling kat anjing pun boleh mati la anjing tu.. hahahaha


Zaman yang semakin canggih ni bebudak kecik umo 6 tahun pun dah ade handphone sendiri. Siap pakai iPhone lagitu. Mak tau korang mesti cemburu tengok sepupu sepapat kalian main gadget. Kawan-kawan sekolah kalian dok study guna gadget. Its oke anakku. Diorang takkan jadi secerdik kalian. Percayalah.


Kawan-kawan mak majoriti kaya. Pakai handphone mahal canggih belajar sampai universiti tapi mak tengok diorang takde la cerdik mana. Putus cinta sikit dok menangis air mata darah bagai. Orang kurang cerdik je yang buat kerja mengong cenggitu. Hahahahaha


Anakku, kalian semua cantik dan kacak. Mak berbangga dapat kalian. Mak tau korang memang akan jadi se-ohsem mak ngan abah kalian ni.

Kalau kalian rasa mak dan abah korang ni tak sayang korang bermakna korang SILAP. Silap besar ! Memang la kami tak mewahkan hidup kalian dengan gadget tapi tu bukan alasan untuk korang rasa kami ni tak sayang korang. Ada kalanya korang jatuh tapi kami hanya tengok dan suruh korang bangun sendiri. Tu sebabnye kami nak kalian rasa korang boleh berdikari. Rasa ohsem macam yang mak pernah rasa dulu. Jatuh berdarah dan sakit. Tapi muka senyum dan boleh ketawa riang. Itu Super Ohsem oke anakku.


Lagi satu mak nak ingatkan kalian, jangan buat perkara yang tak elok kat orang lain. Minta izin kalau nak bawa anak orang lain keluar. Kalau detim tu, minta izin family kekasih korang tu dulu. Jemput die kat umah cara baik, then hantar die balik umah pun cara baik. Dah jemput anak orang kena hantar balik die kat depan umah. Jangan dok tinggal kat tepi jalan plak. Mak ngan abah tak ajar korang macam tu. MANNERS! 


Jangan buli kawan-kawan kat sekolah ! Hah! Korang pun jangan biarkan diri kalian dibuli kat sekolah. Kalau gaduh tu biar cara pahlawan sejati. 1 by 1. Satu lawan satu. Jangan gaduh pasal awek/pakwe plak! Kang korang yg mak tibai one by one kang. 


Jangan kurang ajar or biadap dengan guru/cikgu. Tak berkat ilmu yang korang belajar tu nanti. Enjoy belajar kat sekolah tu sebab nanti bila korang dah kerja baru korang sedar betapa seronoknye zaman persekolahan. Pesanan mak, jangan sesekali memandang rendah dekat mereka-mereka yang tak berpelajaran tinggi. 



Jangan cuba-cuba berkecimpung dalam arena DADAH ! Dilarang sama sekali. Dadah tu najis oke. Elok-elok kalian ni kacak cantik menawan terus jadi harem kebengongan. NO WAY ! Mak tak kisah lagi kalau kalian Vape on ke, Shisha-ing ke. Asalkan bukan dadah oke. Hisap or hidu gam pun NO WAY ! Sia-sia je mak hantar korang gi sekolah mahal-mahal tapi korang jadi bodoh gak sebab gam tu dah merosakkan sistem saraf dan sel-sel otak korang.



Oh ya. Mak baru teringat. Kenapa mak hantar korang kat sekolah cina & india. Sebabnya mak nak korang berkawan ngan semua bangsa. Mak nak korang power bahasa diorang so that korang tak boleh tertipu dengan mana-mana bangsa tu. Jangan sekali-kali korang bersifat perkauman oke. Mak tak suka sebab kitakan 1Malaysia. Sekolah rendah sekolah cina. Sekolah menengah sekolah india. Tadika Islam. Hah amacam? 
Tapi mak ngan abah korang la sedih. Sebab dah tentu-tentu mak ngan abah tak paham sepatah haram pun bahasa yang korang guna untuk berbual ngan satu sama lain. hahahaha



Hurm ni jelah dulu kot leteran mak untuk kalian. Nanti bila mak ade mende nak berleter lagi mak tambah la. hahahaha pape pun mak nak bagitau kalian is MAK IS AWESOME. Eh silap, MAK SAYANG KALIAN KETAT-KETAT DAN HEBAT-HEBAT !!

Rabu, 1 Julai 2015

Wanna be ma Man guys?

Assalamualaikum.. Hai.. Holla.. Ni Hao.. Kumusta.. Annyeonghaseyo.. Whaddap!



huhuhuhu tajuk post kali ni macam GAMPANG omey kan? hahahahahahaha



Ema macam nak cerita kat hengkorang kamu orang semua pasal angan-angan jejaka idaman ema.. hahahaha yelah i know korang mesti cakap ema ni demanding.. high taste la bagai.. padahal ema biasa-biasa je..

kalau korang nak tau, ema ni senang sangat jatuh hati kat orang.. dan kebiasaannye jenis lelaki yang ema senang terjatuh hati mesti BADBOY TYPE bebudak nakal or bermasalah or spoiler.. ema sendiri tak tau la kenapa ema senang sangat jatuh hati kat mereka-mereka ni.. padahal ema tau banyak gile risiko nye..


dalam banyak-banyak lelaki kan, lelaki yg tergolong dalam kalangan spoiler ni yang ema rasa best.. sebabnye diorang tak hipokrit.. diorang jadi diorang sendiri.. diorang banyak pengalaman i think.. diorang mesti dah cuba macam-macam.. diorang mesti dah rasa hidup susah, jatuh bangun, kena tikam belakang dan macam-macam lagi.. ema ni bukan lah seorang yang baik.. ema juga bukan lah jahat sangat.. walaupun macam tu, banyak lagi perkara yang ema teringin nak terokai.. so melalui pengalaman spoiler-spoiler ni la ema dapat belajar sikit-sikit pasal manusia dan dunia..



Bagi ema kan, tak semua orang yang spoiler tu teruk sangat.. Kadang-kadang diorang terpaksa jadi spoiler untuk hidup.. Mesti korang tak faham kan? Well setiap manusia lain-lain jalan ceritanya.. Yes! Memang betul kita boleh pilih untuk jadi baik.. Kadang-kadang kita dah cuba buat yang terbaik tapi masih lagi ada orang yang pandang teruk dan jahat.. Mungkin kita tengah buat baik dengan niat yang baik, tapi apa yang orang lain nampak hanyalah kejahatan dan sebagainya..


Eh pehal plak ema backup para spoiler ni? hahahahaha actually ema anggap semua orang sama je.. Baik ke jahat tu adalah pilihan diri sendiri.. Siapa cakap yang baik tu selama-lamanya baik? Siapa kata yang jahat tu tak boleh berubah jadi baik? Betul tak? Diri sendiri yang mencorakkan jalan hidup sendiri..



Oke kembali pada tajuk post ema ni.. Hah! nampak tak baru nak cerita point penulisan ema ni.. Hahahaha sorry terbabas plak..

Well hello there.. Eh awak la.. Yang tu tu tengah dok baca blog ema ni.. hehehe

Ema takde pun memilih sangat.. Tapi kalau la kita boleh pilih atau create boyfriend or suami kita sendiri macam kita create avatar dalam game The Sims tu, ema akan pilih yang ada ciri-ciri ni : -

   1. Tinggi daripada Ema.

Tak kisah la awak tu tinggi 1cm dari Ema or tinggi 10inci dari Ema. Asalkan lebih tinggi daripada Ema, i like u. Hahahaha jincha chowa. Memang la ade orang cakap kalau lelaki tu pendek dari perempuan murah rezeki, tapi Ema tak suka. Ema ni dah la sado kang nampak macam Ema yang jaga die. Hahahaha Ema nak sentiasa rasa secure je bila ade lelaki tnggi jaga Ema.

   2. Warna kulit tak gelap sangat, tak putih sangat.

Maksud warna kulit tu takde la buat ema ni seorang yang RACIST. Ema universal. Ema tak kisah pun awak tu bangsa apa. Asalkan awak sanggup jadi seorang Islam yang baik, ema suka awak. My imagination is my man must be someone masculine. Not in body size but in skin tone. Bagi ema kalau lelaki tu putih sangat ema rasa macam tergugat plak. Yela ema ni tergolong dalam kategori warna kulit yang gelap. Ema tak pakai produk kulit yang gile vogue. Ema tak pakai Qu Puteh. Hahaha lelaki kena la berkulit gelap sikit. Tu menunjukkan dia seorang yang tak takut sunburn. Tak kisah berpeluh berkerja dibawah terik mentari. Acehwah. Kulit putih melepak buat ema beranggapan "Eh mamat ni minum Aura White ke? Produk mahal ni. Eh dia ok ke kalau ikut ema balik kampung?" Ema sangat suka skin colour yang sawo matang gitu. Ala-ala Remy Ishak (Malaysia), Bront Palare (Malaysia), Shuib Sepahtu (Malaysia), Louis Coo (HongKong), Aaron Kwok (HongKong), Ekin Cheng (HongKong), Tony Jaa (Thai), Dan Chupong (Thai), Brian J White(America), Lee Byung Hun (Korea).

   3. Tidak botak.

Yang ni takde la bermaksud ema betul-betul anti mamat botak. Ema just tak suka SkinHead. Klu awak tu takde masalah rambut, kenapa awak perlu botakkan kepala awak? Tau tak? Peratusan orang yang ada rambut untuk cedera teruk dikepala adalah rendah berbanding orang yang botak. Hah yang ni berdasarkan pemerhatian dan kajian ema sendiri la. hahahahaha Rambut umpama topi keledar. Ema sangat tergoda dengan lelaki yang suka try macam-macam jenis hairstyle. Ala-ala watak cerita yg Johnny Depp berlakon gitu. Takpun macam artis Korea G-Dragon. Pemain bola sepak luar negara contohnye David Beckham. Kalau dekat Malaysia antara lelaki yang berani ubah-ubah gaya rambut die Farid Kamil, Shaheizy Sam ngan Zizan Razak kot. Lelaki yang sempoi suke main rambut ni macam comel je ema tengok. Yang tak kisah orang usik rambut die. Kenapa ema suka lelaki yang suka ubah-ubah gaya rambut die? Sebab nye ema ni cepat rasa bosan. Ema bukan seorang yang follow fashion style update. Apa yang tengah trending masa tu memang jangan harap la ema nak suka.

   4. Bentuk badan yang normal.

Yes! NORMAL tau! Ema tak suka body builder. Ema tak suka abang badan katang. NO SADO BOY please. I do like six pack abs but... Ema tak suka badan yang macam ahli gusti WWE/WWF. Scary enough! Buat ape badan muscle-muscle tapi nak tolong awek or bini buat kerja or angkat barang sikit dah berkira? Dah la tak sedap peluk. I like molkkang-molkkang *fluffy* body type. I also like KPop Idol artist body type. Boleh ada muscle tapi jangan yang melampau sampai keras muscle die timbul-timbul. Urat timbul tu cute. Muscle dada tu takyah nak sama besar la ngan perempuan punya "muscle dada". Kang peluk berlaga-laga plak kang. OPS ! my bad. Tercakap jujur la plak. Maaf kepada pembaca yang bawah umur. Sila skip penulisan ema yang bab muscle dada tu. hikhikhik

   5. Boleh masak.

Boleh masak tau bukannya PANDAI MASAK. Lain tau maksud boleh masak dengan pandai masak. Boleh masak tu maksudnya dia still boleh survive bila takde orang nak masak untuk die. Bukan jenis dok tunggu je awek or isteri masak. Buatnye awek or isteri awak tak sihat atau tiada di rumah macam mana? Awak nak makan apa? Ok fine la awak jawab boleh beli makanan kat luar. Suka hati awak la. Kalau itu jawapan awak, awak tiada dalam senarai lelaki idaman malaya ema. Masak air, masak nasi, masak mee segera, goreng atau rebus telur tu tergolong la dalam kategori BOLEH MASAK ni ok. Ema taknak la bila dah nikah nanti, masa ema tak sihat pun awak nak Ema masak. Atau masa Ema kerja luar, awak nak buat susu anak pun tak reti. Ema ni ade mood nye kalau nak masak. hahahaha

   6. Family Oriented Guy Type.

Ema suka tengok lelaki yang sayang pada anak-anak dia. Lelaki yang jenis utama kan family dia lebih daripada kerjayanya. Lelaki yang menghormati dan menyayangi 3 wanita yang bergelar ibu/mak/mama/mami/umi. 3 wanita tu adalah ibu kandungnya, ibu mertuanya dan isterinya. Setiap kali ada masa terluang atau cuti, awak tidak lokek untuk habiskan masa awak untuk buat aktiviti bersama-sama ahli keluarga awak. Kadang-kadang aktiviti tu tak semestinya awak kena berhabis banyak duit. Cukup sekadar awak main kejar-kejar, main nyorok-nyorok, bacakan buku cerita untuk anak-anak awak. Ataupun tolong 3 wanita yang ema sebut tadi tu masak atau kemaskan rumah. Ema tak minta pun duit awak. Ema cuma harapkan awak ada di sisi ema setiap kali Ema dan ahli kelurga awak perlukan awak. Harta boleh dicari. Kasih sayang orang sekeliling awak paling mahal dan tidak terjual dalam dunia ni sebenarnya.

   7. Berani dan Tak Takut Pada Apa Jua Cabaran.

Berani kerana benar. Takut kerana salah. Berani tu jangan la sampai berani jadi dayus, berani gi merompak, berani buat jahat. Definisi berani dalam kamus hidup ema ni bermaksud tidak takut untuk melakukan perkara yang dirasakan betul dan baik tanpa menyusahkan orang disekelilingnya. Lelaki yang bertanggungjawab di setiap perbuatannya. Lelaki yang tidak akan melarikan diri apabila dilanda masalah atau musibah. Lelaki yang tidak menyalahkan orang lain demi untuk menyelamatkan diri sendiri. Melindungi, membantu dan membimbing para keluarganya, saudaranya, dan sahabatnya daripada segala anasir jahat atau musibah. Antara artis lelaki yang ema rasa macam die seorang yang berani dan tak takut cabaran adalah Qi Razali dengan Hairul Azreen. Berani cuba perkara-perkara baru. Ema sangat suka pengembaraan(Adventure).

   8. Bukan Pencinta Gadget Canggih.

Dalam era moden kini, masayarakat terdedah dengan pelbagai macam jenis gadget canggih. Tak pelik pun ema tengok bayi kecil yang baru berumur 1 tahun sudah memiliki gadget sendiri. Kenapa ema tak suka lelaki yang pencinta gadget? Jawapan ema JELAS sangat. Ema tak suka tengok bakal suami atau suami ema tu leka dengan gadgetnya sampai mengabaikan banyak perkara. Asal ada je gadget baru keluar di pasaran, terus nak beli. Duit habis dok tukar-tukar beli gadget up-to-date dan anak bini terabai. Kan ke bagus kalau duit lebih yang ada tu sedekah kan kat sesiapa yang memerlukan. Baru la berlipat kali ganda Allah SWT balas nanti. In Syaa Allah, Amin.

   9. Pencinta Haiwan.

Ema ni pencinta haiwan. Ema sangat suka haiwan yang berbulu dan haiwan yang gebu-gebu. Ema ada banyak kucing kat rumah mak abah ema. Ema pernah ternak hamster masa ema sekolah dulu. Ema tak suka orang yang berlaku kejam ke atas haiwan. No Animal Bully ! Ema harap sangat bakal suami ema ni pun pencinta haiwan gak.

   10. Kalau Boleh TIDAK MEROKOK.

Abah ema sorang perokok tegar. Jadi sebab abah ema merokok jadi abang-abang dan adik ema juga merokok. Ema tak suka asap rokok tu. Busuk. Lekat kat satu rumah bau nye. Nak tak nak ema kena la hadap juga. Ex-bf ema pun merokok. Dia pernah tipu ema pasal rokok ni. So ema memang menyampah kalau orang tipu ema. Ema harap sangat bakal suami ema nanti tak merokok. Ema taknak anak-anak ema terikut dengan gejala tak sihat ni. Tapi kalau dah jodoh bak kata Ustaz Kazim Elias. Kalau dah bodoh nak merokok gak, hurm lantak la. Just jangan merokok depan ema atau depan anak-anak.




Hah ni jelah point penting untuk jadi calon suami ema.. hahahahaha bajet la ko ema. Ko ingat ko Puteri Gunung Ledang nak letak syarat bagai. Ceeiiiittt.. hahahaha kan ema dah mention awal-awal penulisan ema tadi, ni just ANGAN-ANGAN ema.. dah dah dah.. jangan serius sangat.. ema cakap random je ni.. hihihi