Daisypath Friendship tickers

Khamis, 14 April 2011

GOLDEN SCREEN CINEMA.

GOLDEN SCREEN CINEMA ni la nama tempat Ema pernah berkhidmat dahulu. GSC Alamanda memang banyak kenangan Ema kat tempat ni. Ni lah tempat dan pekerjaan PERTAMA Ema. Di sini Ema belajar cara-cara nak memberi khidmat pelanggan(customer service) yang terbaik. "Customer Always Right" moto di setiap tempat yang menyediakan PERKHIDMATAN. Kat sini la Ema kenal Kucai Decepticons. Ema dan Kucai berkerja di bahagian yang sama iaitu Bahagian Penjualan Tiket atau lebih dikenali sebagai BOX OFFICE (BO). Masa firstday berkerja Ema tidak berseorangan, Ema ditemani oleh Izzati Rahaizah dan Irfan. Kalau nak tau kitorang saja yang tidak melalui TEMUDUGA untuk bekerja di sini. Mesti ramai yang tidak puas hati kan??hahahaha nak buat macam mana kan, dah masa kitorang nak daftar masuk kerja tu staff sememangnya tidak mencukupi. Tambahan pula masa tu cuti sekolah nak tak nak Boss harus menerima kami mentah-mentah. Bertuah kan kitorang.hehehe

pic izzati rahaizah(klik kat sini kalau nak tengok gambar)

Pic Irfan(klik kat sini kalau nak tengok gambar)

Hari pertama Ema sepatutnya adalah hari untuk berlatih (TRAINING) melakukan kerja tetapi Ema tidak. Hari pertama Ema diajar serba sedikit tentang cara-cara memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan cara-cara untuk menjual tiket menggunakan komputer dan peralatan di GSC. Dan pada hari pertama Ema juga Ema telah membuka kaunter penjualan tiket sendiri tanpa dipantau oleh Supervisor atau Senior Staff. Itulah kali pertama Ema belajar untuk mengawal sifat sabar dan sentiasa senyum walau dalam apa jua masalah. Short pulak tu.Standard la baru mula kerja mesti ada gak buat kesalahan salah bagi baki kat pelanggan.huhuhuhu Kena la keluar duit poket untuk bayar balik. Tapi sekarang ni dah profesional dah.hehehe

Hai selamat datang ke GSC.

Kat GSC Ema kenal ramai kawan baru. Ada masa nanti Ema cerita pasal dieorang pulak. Antara kawan-kawan Ema kat GSC masa tu adalah :-

Riana, Dyla, Liana, Kak Sarah, Kak Julia, Zana, Afifah, Ferina, Nabila Aziz, Nabila Jaslee, Kak Nadiah,Kak Huda, Aunty Huda, Atiqah, Balqis, Akmal, Anith, Kak Fatin, Azmira, Noly, Acap, Bebed, Nizar, Ruzain, Govin, Rahem, Iswara, Rajiv, Pakcik Arep, Paklong Safuan, Panjang,Abang Zul, Abang Bad, Abang Ezan, Abang Boy, Asri, Abang Asri, Aiman, Acai, Hafiz, Muhaimin, Adeq Amir, Izuan, Fahim, Rhaziq, Abang Roy, Thanaraj, Madnor, dan ramai lagi la sampai Ema dah tak boley nak ingat nama-nama dieorang..hehehe sorry kepada mereka yang Ema tak sebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan