Daisypath Friendship tickers

Ahad, 1 Mei 2011

Ema dan pegawai JPJ.

hehehe post kali ni Ema nak share pasal pengalaman Ema baru-baru ni. Masa 22 April 2011 lepas Ema pergi Ujian Memandu : Kereta (kelas D). Ema bangun awal pukul 7pagi sebab dah janji dengan Abang Emy (pengajar) nak pergi Broga,Semenyih (tempat belajar kereta & tempat ujian memandu) tepat pukul 8 pagi. Abang Emy nak kejar masa sebab ujian tu mula pukul 9pagi. Bukan Ema seorang sahaja yang ambil ujian memandu hari itu, Ika (kawan Ema) pun turut sama. Ika tinggal kat Putra Damai ( Presint 11), Ema pulak tinggal kat Presint 18. Lepas jemput Ema kat bus stop bawah blok rumah Ema, Abang Emy kena pergi jemput Ika pulak. Pendekkan cerita, dah sampai je kat Megah Wangsa (nama institut belajar memandu), Ema dengan Ika tengok la senarai nama kt papan kenyataan tu. Ema orang yang ke-75 (last tau) untuk Sesi 1. Ika pulak orang ke-2 untuk Sesi 2.



Hari ini Ema dan Ika ada 2 ujian. Ujian pertama adalah Ujian Litar manakala ujian yang kedua adalah Ujian Di Atas Jalan Raya. Untuk ujian litar kena uji cara pemanduan di bukit, parking dan 3 penjuru. Masa Ema belajar sebelum nak ambil ujian ni, Ema paling takut kat bukit. Ema sangat teruk kat bukit. Tapi Ema memang hebat kalau kat parking dan 3 penjuru. Wah! Berlagak sudah! haha Itu sebelum ujian. semasa ujian lak Ema berjaya lepas kat bukit dan parking, tetapi Ema kandas kat 3 penjuru. Puncanya ialah ejin mati dua kali semasa Ema nak buat olah gerak yang ketiga (nak gerak keluar daripada kawasan 3 penjuru). Spoil betul la! Ika lepas semua ujian litar. Cemburu betul la Ema dengan Ika. huhuhu Dah la Pegawai JPJ yang menguji Ema tu perempuan. Garang gila. Masa enjin Ema mati untuk kali kedua tu, pegawai JPJ jerit nama penuh Ema dan suruh Ema keluar daripada kereta tu. Dengan muka sedih Ema pun keluar la dan pergi ke arah pegawai JPJ tu untuk sign nama. Kat atas kertas yang Ema sign tu tertera perkataan KANDAS. Sedih nye. ( T_T )



 Semasa Ujian Jalan Raya lak Ema lagi bagus daripada Ika.hehehe Jangan marah ye Ika. Padahal kitorang sama je, dua-dua kandas kat Ujian Jalan Raya. Masa giliran Ema, Pegawai JPJ tu nak pergi tandas lak. Ema tunggu la dia macam orang bodoh seorang-seorang kat dalam kereta tu. Dalam hati Ema masa tu hanya Allah SWT je la yang tahu. DupDapDupDap! Nak tunggu pegawai JPJ tu settle "membuang", Ika pun dah selesai ujian jalan raya. Macam mana tak cepat selesai Ika punye ujian jalan raya tu, dia baru je start jalan dah kandas sebab langgar garisan putih. huhu bertambah seram la. Lepas sekian lama Ema tunggu, ENCIK JPJ dah ready. Ema pun wat la check sebelum memandu. Dah pakai tali pinggang keledar, check cermin, gear, signal dan wiper, Ema pun start la memandu. Ema lepas ujian lampu isyarat, line putih pun berjaya diatasi. Masalah timbul bila enjin mati semasa nak elak halangan (kereta berhenti di bulatan) kat depan Ema. Dua kali pulak tu. Tapi yang bestnye En.JPJ tak bersuara so Ema buat muka tak bersalah je start balik enjin dan jalan macam biasa. Sampai je kat bukit sebelum keluar simpang ke Jalan A dan Jalan B tu, Ema kena free gear dan tarik hand break. Selepas lihat tiada kenderaan dihadapan, Ema kena get ready buat step bukit dan keluar daripada simpang. Masalah kedua timbul apabila enjin mati semasa Ema buat step bukit. Di belakang kereta Ema tu ada dua buah kereta yang sedang tunggu giliran. Ketika ini En.JPJ bersuara.

ENCIK JPJ : Sudah lah. Biar saya yang pandu kereta ni. Awak gagal.
EMA : Sorry Encik.
ENCIK JPJ : Awak tengok di belakang, kereta dah sesak sebab awak. Awak kena berlatih lagi imbangkan clutch dengan minyak tu.

Tanpa banyak cakap, Ema keluar daripada tempat pemandu dan bertukar tempat ke bahagian kiri pemandu. Dalam hati Ema berasa sangat kecewa kerana kandas di kedua-dua ujian. (Confirm Ema kena keluar duit lagi). Dah la Ema dah berhenti kerja, mana nak dapat duit ni? huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan