Daisypath Friendship tickers

Khamis, 5 Mei 2011

Ema dan pegawai JPJ (Bahagian 2)

Cheeeewwaaahhh! Siap ada sambungan a.k.a sequel lagi tu. Erm kali ni Ema nak cerita pasal Test JPJ yang kali ke-2 (22 April 2011). Macam biasa la kena bangun awal. Dah siap-siap tu apa lagi Ema pergi la tunggu Abang Emy kat bus stop. Ish leceh la. Ema cerita straight to the point je la. Dah sampai Megah Wangsa. Actually kali ni kitorang lambat. Test start tepat pukul 9 pagi. Kitorang pulak sampai pukul 9.20 pagi. Sampai-sampai je semua orang dah mula. Apa lagi berlari la Ema dengan Ika pergi daftar. Dah dapat tag giliran, kitorang pun duduk la kat tempat-tempat yang sepatutnya.



 Ika duduk dekat bahagian Ujian Bahagian 111 : Atas Jalan Raya. Ema lak kena pergi Ujian Bahagian 11 : Litar dulu. Masa kat Ujian Litar Ema senyap je. Padahal dalam hati penuh dengan zikir. Ceh! Baik la konon.hehehe Tapi seriously Ema zikir nak tenangkan hati. Jantung Ema berdenyut macam rentak techno dah. Punyalah cuak wa cakap lu. hehe Bila sampai je giliran Ema apa lagi bertambah rancak lagi Ema punya zikir.hehehe~  Ema buat cam biasa je. Masa dekat bukit, tayar sampai je dekat line kuning tu, Ema terus tarik hand break dan free gear. Lepas tu Ema terus check tayar dan angkat tangan tanpa dengar arahan. Tiba-tiba Ema dengar ada orang pekik "WOI! Dengarlah arahan.Siapa suruh tengok tayar tu?" Terkezut Ema dibuatnya. En.JPJ kali ni garang pulak.huhuhu En.JPJ suruh Ema jerit nombor giliran Ema tu. Ema pun jerit la 59. Lepas tu En. JPJ tu suruh Ema jalan.

Ema lulus ujian kat bukit, now kena buat parking pulak. Untuk pengatahuan korang ke-empat-empat lane penuh so Ema kena la tunggu giliran. Masa nak tunggu tu Ema wish dalam hati yang Ema dapat lane yang ke-3 atau yang ke-4. Ema tak nak lane yang pertama dan yang ke-2 sebab untuk 3 penjuru dekat lane 1 dan 2 ni macam berbukit sikit so kereta tak boleh berundur ke belakang semasa nak keluar daripada ruang 3 penjuru tu. Kemahiran mengawal clutch sangat penting masa tu. Doa punya doa, alik-alik Ema dapat lane 2 juga.huhuhu takutnya. Semasa Ema nak masuk lane 2 tu tiba-tiba je enjin mati. Cuak jugak la tapi Ema buat biasa-biasa a.k.a tenang je. Nasib baik enjin mati sebelum Ema masuk lane tu. Dah masuk je lane 2, Ema pun aim target la.hehe Tunggu giliran dekat luar petak parking tu. Dapat je arahan masuk parking, Ema pun dengan confident masuk gear reverse tanpa pusing stereng ke kiri habis. Kereta yang Ema pandu tu pun mengundur bodoh je. Ema dah buang masa kat situ.hehe Bila Ema sedar Ema buat salah, Ema pun ingat balik step yang Abang Emy ajar dan buat olah gerak mengikut turutan.

Dah selesai buat parking, now kena buat 3 penjuru yang menakutkan tu pula. Kali ni Ema cuba kawal clutch dengan lebih berhemah. Kalau masa Test JPJ yang first dulu, enjin mati masa olah gerak ke-3 (nak keluar daripada ruangan 3 penjuru). So kali ni Ema nak make sure enjin tak mati dan Ema lulus Ujian Litar ni. At last, Ema berjaya juga keluar daripada ruangan 3 penjuru tu. Alhamdulillah.

Tapi test JPJ Ema hari ni belum berakhir lagi. Ema still ada lagi satu ujian iaitu Ujian Bahagian 111 : Jalan Raya. Ema orang ke-20 yang menunggu giliran. Sedang Ema cuba menenangkan hati, tiba-tiba Ema nampak seseorna yang Ema kenal. Orang tu adalah Ika. Ofcourse Ema kenal kan, dah Ema datang dengan dia tadi kan? hahaha. Ika nampak happy je. Mana taknya dia lulus Ujian Jalan Raya. Ema tanya la Ika, dia dapat kereta yang mana? Yela mana la tau nasib Ema baik dapat En.JPJ sama yang luluskan Ika.hehehe Ika dapat kereta nombor 4. Wah! Macam nombor bertuah je.Ceh! Tunggu punya tunggu akhirnya sampai giliran Ema. Nak tau tak Ema dapat kereta nombor berapa? Erm kereta yang Ika dapat tu di darabkan dengan 2. (4 darab 2 = 8) Ema dapat kereta nombor 8.huhuhu Sekarang Ema harap En. JPJ yang memeriksa Ema tu BAIK HATI orangnya. *mata bersinar comel dan di kelip-kelip*.Bajet comel la tu.heeee Dan sememangnya beliau seorang yang baik. Ini kerana beliau teah meluluskan ujian memandu Ema. weeee

Begini ceritanya, lepas je Ema masuk dalam kereta tu Ema terus check cermin, seat belt, gear, signal dan wipper. Dah selesai check apa yang patut, Ema pun start la enin kereta. Baru je nak jalan, tiba-tiba lampu isyarat merah. So Ema kena la berhenti, tarik hand break dan free gear. Bila lampu isyarat bertukar hijau je Ema pun gerak la. Sampai je kat bukit yang menyebabkan Ema gagal masa ujian yang pertama tu, macam biasa la kena free gear dan tarik hand break. Lepas dah pastikan tak ada kereta di jalan utama, Ema pun buat la step bukit. Apabila keadaan kereta jadi mendap, Ema pun lepas hand break dan lepaskan clutch slow-slow. Alik-alik kereta tu berundur. Ema pun terus la tarik hand break. Sekali lagi Ema buat step bukit tetapi kali ni Ema try lepas clutch laju sikit dari tadi. En.JPJ yang tadinya duduk macam orang bosan terus melompat sebab tiba-tiba je kereta tu berdesup keluar dari lorong tu. Ema tak tau nak ketawa atau takut masa tu. Yelah kot-kot la cara yang Ema buat tu berbahaya. Tak pasal-pasal Ema kandas lagi. Seperti yang Ema cakap tadi, En.JPJ sangat baik hati. Beliau tidak bersuara sikit pun. Ema memandu je macam biasa dan sampai di simpang untuk membuat U-turn Ema bagi signal dan terus membuat U-Turn. Ema tersasar la juga sikit ke lorong sebelah. Sepanjang perjalanan En.JPJ tidak bersuara walau sepatah perkataan. Sampai je ke kawasan Broga Ema bersedia untuk masuk ke simpang Megah Wangsa. Ema memberi signal kanan sambil melihat ruang untuk masuk simpang. Ada sebuah kereta kelihatan tetapi Ema rasa sempat kalau Ema masuk simpang tu sekarang. Tanpa teragak-agak Ema terus meluru masuk simpang. Ketika itu Ema rasa macam tengah Drift pulak. Hehehe ; p  Apabila sampai saja di Megah Wangsa Ema berhentikan kenderaan dan terus memandang ke luar tingkap kerana cuak dengan keputusan yang bakal Ema terima nanti. Setelah beberapa minit Ema mengerling pada En.JPJ. Apa yang Ema nampak di kerta ujian Ema tu ada tanda (/) pada ruangan LULUS. Wah! Gembiranya memang tak ingat la. hehehe

Korang ni memang bagus la sebab sanggup baca karanagan Ema yang panjang lebar ni. Ema ambil masa 3 hari untuk menghabiskan penulisan Ema ni. Apa-apa pun TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA BACALAH LAGI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan