Daisypath Friendship tickers

Jumaat, 6 Mei 2011

Ini Ema la.

Baru-baru ni Ema terbuka hati nak berubah. Ema teringin nak pakai tudung pulak lagi pun Ema pernah janji dengan atuk Ema sebelum ni. Atuk Ema do this for you. heeeeeee

Al-kisahnya, semalam Ema keluar dengan Jijie (MiRaCLe) pergi Alamanda. Ema try la pakai tudung style HANA TAJIMA (Ema baru je tau siapa Hana Tajima ni daripada Dsuhada). Nak tengok tak hasilnya? hehe malu la pulak nak tunjuk.




Sepanjang perjalanan Ema nak pergi Alamanda tu, ada je mata yang memandang. Tak tau la kenapa diorang pandang. Maybe buruk atau pelik Ema pakai macam ni kot? huhuhu Sampai je dekat Alamanda, Ema terus cari Jijie. Dia still tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu Jijie pun sampai. Jijie bila nampak Ema je terus jerit "Ema! Chanteq woo!". Ema tak tau la tu pujian ke perli ke. Apa-apa pun THANX tau.heee




Mula-mula Ema dan Jijie jalan-jalan dulu sekitar Alamanda pastu tiba-tiba je lagu Spongebob Squarepant menjerit-jerit. Semua orang yang kenal Ema mesti dah faham dengan lagu runut bunyi cerita kartun Spongebob tu. Sebabnya tu lagu tema message handphone Ema.hehehe Kalau dah keluar lagu tu maksudnya ada la mesej masuk kan? Rupanya En.Kucai nak jumpa Ema sekejap dekat RASA (foodcourt). Ema dengan Jijie sememangnya tengah lapar jadi kami pun pergilah berjumpa dengan En.K dekat rasa. Noly dan Bot (rakan-rakan GSC) turut bersama En.K yang ingin berjumpa Ema disamping itu mahu tapau makanan. Bot yang agak rapat dengan Ema semasa berkerja di GSC dulu agak terkejut dengan perubahan imej Ema ni. Tetapi tidak memberi apa-apa reaksi sama ada "ok" atau tidak. 


Aktiviti Ema dengan Jijie belum berakhir lagi. Lepas dah kenyang makan kitorang pun meneruskanlah matlamat kami untuk "window shopping" itu. Jijie kata, "Ema, aku rasa dari tadi ramai je mamat-mamat handsome usha kau. Yang aku pelik asal mamat yang handsome je pandang? Tapi tak kesah la sebabnya lepas je mamat-mamat tu usha kau, diorang usha aku pulak.hahaha". Apakah yang cuba Jijie sampaikan sebenarnya ni? hahahaha

Abaikan je pasal apa yang Jijie katakan tadi.heee Kami ber-window shopping lagi. Kemudian kami singgah di Nichii. Ema ada kenalan dekat Nichii tu nama dia Kakak Nadiah. Ema kenal Kak Nadiah masa Ema kerja di GSC. Ema saja je la tegur Kak Nadiah. Dia sangat terkejut dengan imej terbaru Ema ni. Kak Nadiah kata, "Eh, Ema ke? Ingat customer mana la tadi.hehehe Wah! Sudah berubah. Alhamdulillah"

Moral of the story is, imej baru Ema ini diterima baik oleh majoriti kenalan Ema. Alhamdulillah. Thanx to all of you. Doakanlah yang terbaik untuk Ema tau..heee I love you olz.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan