Daisypath Friendship tickers

Ahad, 10 April 2011

MiRaCLe !





Mesti korang nak tau pe yang Ema nak share kat post Ema kali ni. MiRaCLe is my TEAM. hahaha tak lah. MiRaCLe adalah sahabat Ema masa zaman sekolah menengah. Ema ada 6 orang teman baik. Kesemuanya adalah remaja perempuan aka TEENAGERS. Ilham untuk menubuhkan MiRaCLe bermula semasa masing-masing di Tingkatan 3. Mulanya Ema dan R-Teen bosan asyik menghabiskan masa berdua sahaja. Bak kata Acha Septriasa "Berdua Lebih Baik". Tak semestinya. Ema dan R-Teen dah kenal sejak kami berumur 8 tahun lagi. Ema dan R-Teen adalah jiran dan juga teman sekelas. Kemudian MiRaCLe bertemu dengan Fyna. Fyna adalah rakan karib R-Teen semasa di Tingkatan 1 tetapi mereka mengalami masalah peribadi yang menyebab kan mereka membawa haluan masing-masing. Mereka tidak pernah bertegur selepas itu. Setelah sekian lama tidak bertegur, pintu hati R-Teen terbuka untuk meminta maaf dan berbaik semula dengan Fyna. Fyna yang ketika itu menghadapi masalah bersama teman-teman wanitanya (standard la perempuan berkawan baik dengan perempuan akan menghadapi masalah sesama mereka). Hanya perempuan yang faham masalah ini.hehe

R-Teen

Fyna

Shobby

Ema dan R-Teen mengajak Fyna untuk "join" MiRaCLe. After Fyna, Shobby pulak nak "join" MiRaCLe. Shobby sememangnya sudah lama mengenali Ema dan R-Teen. Shobby ni sorang je yang ganjil sebab dia berbangsa India.

Ain dan Jijie

Ahli MiRaCLe semakin bertambah dengan kehadiran Jijie dan Ain. Jijie dan Ain adalah kawan baik. Kemana sahaja Jijie pergi pasti ada Ain dan begitu lah sebaliknya. Bagi Ema diorang ni dah macam kembar dah. Comey je dua-dua budak ni.hahaha

Kechik

Dan ahli MiRaCLe yang paling bongsu adalah Kechik. Nak tau sebab apa kitorang panggil dia Kechik? Sebabnya badan dia kecik dan disebabkan perangai yang manja aka gedik tu. Kechik ni paling rapat dengan Ema. Kechik yang teman Ema kerja kat GSC Alamanda selepas habis SPM. Masa di zaman sekolah menengah memang seronok apabila bersama MiRaCLe. Kami sentiasa bersama walau dalam apa jenis situasi sekali pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan