Daisypath Friendship tickers

Jumaat, 8 April 2011

Zaman Tadika Ku.

Hehehe bile cakap pasal zaman tadika Ema ni. Memang banyak pengalaman pahit dan manis. Pada ketika Ema berumur 5 tahun, Ema tinggal dengan nenek dan atuk sebelah mak. Kami tinggal di Port Dickson bersama adeq lelaki Ema iaitu Anep dan bersama kami juga ada abang saudara Ema, Aish yang ketika itu berumur 6 tahun. Ema dan Anep dibesarkan oleh atuk dan nenek di Port Dickson selama 2 tahun jika Ema tak salah kire la. hehehe. Name pun membesar di PD. Memang aktiviti wajib untuk Ema dan Anep mandi laut setiap hujung minggu. Bukan jauh sangat pun laut tu ngan umah atuk. Mungkin ni la sebabnya warna kulit Ema gelap aka terbakar. Tapi kan yang peliknya kulit Anep tak sama pun macam Ema. Warna kulit Anep putih. Dalam keluarga Ema hanya emak dan Anep sahaja yang memiliki warna kulit yang cerah.



Cerita pasal warna kulit ni Ema ada banyak pengalaman pahit nak cerita. Ema selalu kena ejek masa di tadika. Nak tau sebab apa Ema kena ejek? Sebab warna kulit Ema yang gelap macam orang India. Bunyi macam PERKAUMANKAN? Budak-budak kat tadika tu panggil Ema ngan nama KELING, KICAP, HITAM dan macam-macam lagi la. Ema belajar di Tadika KEMAS berdekatan dengan kawasan perumahan atuk. Ema meminati seorang budak lelaki di tadika itu. Nama dia Faiz. Nama penuh dia Ema tak tau la. Yela nama pun cinta monyet di zaman kanak-kanak hingusan. hehehe. Faiz ni antara yang paling KACAK la dalam kalangan budak lelaki kat tadika tu. Tapi yang buat "spoil" IS Faiz tak suka kat Ema. Faiz suka kat seorang budak perempuan yang gigi rongak depan. Huhuhu kecewa Ema masa tu. Zaman tadika kan kita tak ada la belajar atau baca buku sangat. Di tadika kita banyak menghabiskan masa dengan bermain. Macam-macam permainan ada. Kalau budak perempuan mesti main masak-masak, main kahwin-kahwin, main doktor-doktor dan banyak lagi. Kalau budak lelaki pula mesti main perang-perang, kejar-kejar dan seangkatan dengan nya. hehehe Tapi Faiz ni lain. Mana tak nya. Dia lebih suka bermain dengan budak perempuan. Masa kecik kita tak pernah terfikir pasal LELAKI LEMBUT ni. Percaya tak yang Ema pernah ajak Faiz main kahwin-kahwin tapi die tak nak. Tapi kan kalau awek gigi rongak tu ajak terus Faiz ikut tanpa bantahan langsung. Wah! Macam bunyi CEMBURU kan? hahaha Alasan yang dia guna untuk "reject" Ema ialah sebab Ema GELAP. huhuhu Benci la PERKAUMAN NI !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan