Daisypath Friendship tickers

Sabtu, 14 Mei 2011

People behind my happiness.




Abah.
Seorang yang sangat tegas boleh dikatakan garang. Tengok muka dia pun dah tau kan? Hahaha tapi dia baik. Kalau dia jahat memang tak ada la Ema kat muka bumi ni. Betul tak? Abah ni bekas askar. Sebab tulah dia ni tegas orangnya. Abah berasal daripada Negeri Sembilan. 



Emak.
Seorang yang penyabar dan selalu berfikiran positif. Emak ni kadang-kadang kelakar juga. Dia suka bergurau. Eh! Bergurau pulak. Hehe Emak tak pandai masak tapi setiap makanan yang Emak masak mesti sedap. Maybe sebab Emak ada tangan ajaib kot. Hehehe seriously masakan Emak sedap. Emak tak pandai nak melaram. Emak ni simple je. T-shirt, hand sock, seluar panjang, tudung dan sedikit bedak. DONE! Itulah Emak Ema. Ema orang Kay Yell hehe Kuala Lumpur.



Along.
Abang yang sangat prihatin. Dia jaga adik-adik dia dengan penuh berhemah. Acewah! Hahaha Along sangat minat bersilat. Hero Hindustan kesukaan dia adalah Salman Khan. Semua cerita yang Salman Khan berlakon dia mesti tengok. Along ni gila-gila sikit orangnya. Dia ada satu tabiat yang bagi Ema comel sangat. Bila Along rasa geram atau suka sesuatu tu dia akan “sentil” lidah. Orang yang dah kenal Along mesti pernah tengok. 
 Hahaha 



Angah.
Dia ni pelik sikit. Sebabnya angah tidak membesar bersama kami. Angah dibesarkan oleh atok dengan wan dekat Temerloh,Pahang. Lepas je Angah dapat sambung belajar di UTM Jalan Semarak, baru lah Angah tinggal bersama kami. Angah ni seorang yang sangat sayangkan harta benda miliknya. Kalau nak pinjam apa-apa barang milik dia, kami kena minta izin dahulu dan kami kena jaga barang itu baik-baik kalau tidak jangan harap dapat guna lagi barang tu. Sebab Angah akan soroknya.



Alang.
Dia ni pulak seorang pencinta haiwan. Dari kecil sampai sekarang hobinya menangkap haiwan. Tak kira la ikan, ayam, burung, kucing, kura-kura habis semua dia nak bela dekat dalam rumah. Kalau nak tau Alang ni dulu kurus je. Sejak dia belajar di IKM dan berhenti bersukan, berat badannya semakin naik.

MAAF.GAMBAR ALANG NANTI EMA UPDATE OK?

Abang Apis.
Mesti korang pelik kenapa Ema panggil dia Abang Apis dan bukan Achik. Sebabnya dia yang mahu menggelarkan dirinya menggunakan nama. Abang Apis ni seorang pencinta wanita. Wah! Dah macam tajuk lagu Irwan Shah dah. Hahaha seriously Ema tak tipu. Sememang dari kecil sampai sekarang pasti ada sahaja awek aka gadis yang meminati beliau. Bagi Ema abang Apis ni takde la handsome mana pun.



Abang Ewan.
Seorang yang mengikuti perkembangan fesyen dunia semasa. Daripada zaman Rock kapak, HipHop, skinhead, punk, emo sampailah ke zaman indie. Semua jenis fesyen dia dah cuba. Nak di kata kan dia adalah sumber inspirasi kepada Adeq Anep. Abang Ewan juga lah yang banyak membantu Ema dalam memilih jenis pakaian untuk digayakan. Ema pun ada juga belajar sedikit-sebanyak ilmu fesyen ni daripadanya. Hehehe Nak tau tak? Setiap tahun Ema dan Abang Ewan celebrate birthday kitorang sama-sama sebab tarikh lahir kami sama cuma berbeza tahun.



Adeq Anep.
Ema paling rapat dengan dia sebab kami kembar. Emak cakap kami ni kembar tapi sebenarnya bukan. Kami dikatakan kembar kerana lahir pada tahun yang sama je. Anep seorang yang sangat friendly. Anep sangat suka berkawan. Dia tidak memilih kawan. Dia senang berkawan dengan sesiapa pun tidak kira umur, bangsa, bentuk badan, taraf hidup, corak sosial dan apa sahaja.



MiRaCLe.
Merupakan sahabat baik Ema sejak dibangku persekolahan lagi sehingga kini. Mereka sentiasa bersama Ema tak kira sama ada di waktu senang mahupun susah. Kami dah macam keluarga. Family masing-masing dah kenal. Tetapi kini gelaran MiRaCLe hanya untuk 4 orang sahaja iaitu Ema, R-Teen, Jijie dan Ain. Shobby, Fyna dan Kechik dah bawak haluan masing-masing. Tetapi Ema masih lagi berhubung dengan mereka jika ada kelapangan.



Khusyairi Bin Ruzlan.
Daripada nama dia pun dah tau dia ni bukan salah seorang ahli keluarga Sheikh aka keluarga Ema. Dia ni dah jadi special boyfriend Ema sejak dari 17 February 2010 sampai la 13 April 2011. Dia ni adalah salah seorang yang banyak menggembirakan dan menceriakan hidup Ema selain daripada FAMILY EMA dan MiRaCLe. Jadi that’s why dia tersenarai dalam “People behind my happiness”. Walaupun hubungan kami ni cuma bertahan setahun lebih je, Ema tetap gembira bila bersama dengan dia. Kalau tengok muka dia mesti ingat umur dia dah 23 keatas. Tapi hakikatnya beza umur kitorang setahun je.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan