Daisypath Friendship tickers

Sabtu, 14 Mei 2011

Sumber inspirasi untuk berblogging..ahakz!

Hehehe macam lawak je tajuk post Ema kali ni kan?? Ema ni baru je lagi berjinak-jinak dengan dunia blog ni. Sebelum ni Ema mana layan blog. Ema layan Friendster, Myspace, Yahoo Messager (YM) dan Facebook je. Ema tak tau pun blog tu apa.

Ema mula meminati blog sejak kakak senior Ema di UiTM “London” memperkenalkan Ema dengan blog MISSBYAH. Blog tu cerita pasal kenangan beliau bersama dengan arwah sahabat beliau yang telah meninggal dunia akibat kemalangan. Berita mengenai kematian sahabat beliau itu sangat mengejutkan. Ini kerana arwah telah jatuh daripada tingkat 5 bilik hostelnya. Nak tau cerita sebenar mengenainya kena la baca blog beliau iaitu missbyah.blogspot.com. Cerita yang ditulis di dalam blog itu sungguh menyentuh perasaan Ema. Dengan membaca blog beliau ini tidak cukup untuk membuatkan Ema berminat dengan menulis blog.

 Ada lagi yang menjadi sumber inspirasi Ema. Antaranya ialah kakak senior yang merupakan juga roommate Ema di UiTM. Nama dia Fatin Afiqah Azman (Kak Atyn). Link blog dia ialah fatinafiqahh.blogspot.com. Blog Kak Atyn ni penuh dengan warna pink dan hiasan berbentuk love. Post yang Kak Atyn tulis pun macam best jugak. Tapi banyak cerita pasal dirinya dan chenta hatinya iaitu Nasq Sahaja. Hahaha pape pun memang seronok baca blog Kak Atyn tu.

Pada suatu hari Kak Atyn menyuruh Ema dengan Eja yang tengah kebosanan ini membaca blog seorang jejaka bernama Khairul aka Mr. K. Link blog Mr. K ni ialah theotherkhairul.blogspot.com. Blog ni memang agak terkenal la. Blog ni memang sangat menarik. Blog ni banyak cerita pasal perempuan ( ada pujian dan ada juga kutukkan ). Walaupun Mr. K ni banyak mengutuk perempuan dalam blog nya, tetapi kutukan itu adalah KENYATAAN dan bagi Ema kutukkan itu adalah kutukkan yang membina. Hahaha sorry ya pada kaum perempuan kerana Ema belot pulak.

Hah! Theotherkhairul punya blog lah penyebab Ema nak berblogging ni sebenarnya. Hehehe thanx to Mr. K. You’re ROCK!

p/s : sorry ye sbb xde gmbr..maklum la ema xtau mane nk dpt gambar contoh blog2 mereka itu..heee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan