Selasa, 31 Mei 2011

UiTM Dihati Ku..haha

Tajuk kat atas ni adalah tajuk lagu tema UiTM. Siapa yang belajar kat UiTM tau la. Sebab tu la Ema gelak. Ema terpilih untuk belajar UiTM Alor Gajah, Melaka atau lebih dikenali dikalangan student UiTM ni sebagai UiTM LONDON (Lendu sebenarnya) hahaha. Dengar kata UiTM ni adalah UiTM kedua terbesar. Ema adalah pelajar Diploma Komunikasi Dan Pengajian Media (MASSCOMM) sesi 2010/2011. Untuk terpilih menjadi salah seorang pelajar fakulti ini, Ema perlu menghadiri sesi temu temuduga terlebih dahulu.

Firstday, Ema daftar kat UiTM Melaka ni memang mencabar. Semua perkara Ema kena buat sendiri. Tiada bantuan daripada mak atau abah. huhuhu menakutkan. Mak dan abah cakap : "Ema kena belajar buat semua ini sendiri,Ema kan dah besar." Masa daftar tu Ema cuma dapat nama kolej,peta dan kunci bilik je. So Ema pun ape lagi start la pergi cari kolej Ema tu. Nama kolej Ema Tun Fatimah. Nombor bilik Ema TFH 1106. Ema dapat bilik kat tingkat satu. Kena la panjat tangga tapi bersyukur gak la sebabnya tak tinggi mane pun. Dah jumpe bilik tapi barang-barang Ema lupa bawak. So kena la patah balik pergi ambil barang. Tau tak jarak Kolej Tun Fatimah dengan tempat Ema daftar tu jauh kot. Dah la kena turun naik tangga. Penat nye memang tak "hengat" la. Dengan Ema masa tu pakai baju kurung warna hitam, matahari masa tu pun boley tahan panas juga la. Apa nak buat kan demi mencari ilmu.COBAAN..

my besties akaun peps! MDS week..

my SAHABAT.
my masscomers partner!
ni la tshirt budak masscomm..hebat kan? MERAH mak ngah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan