Rabu, 22 Februari 2012

kau lebih pentingkan orang lain daripada family kau sendiri !

baik korang tak payah baca post ema kali ni.. seriusly TAK PAYAH BACA! post kali ni tiada kaitan dengan korang kat luar tu. ni adalah masalah ema. ini hanya luahan hati ema mengenai hal peribadi ema..korang takpayah busy body. BERDOSA ok!

tajuk post kali ni adalah kata-kata pedas yang ema dapat. ema betul-betul SENTAP dengar ayat tu! betul ke ema macam tu?? ema sendiri tertanya-tanya. puncanya adalah sebab abang Apis tanya pasal baju kerja die yang tak basuh lagi tu. ema naik angin sebab abang-abang ema selalu arah kan ema buat macam-macam. ema dah macam orang gaji yang tidak dibayar gaji ok. tak salah kan seorang abang minta bantuan seorang adik untuk basuhkan bajunya..tapi boleh kan cakap baik-baik. kenapa nada mesti macam tak puas hati je? cuba minta tolong baik-baik. ni tak tiba-tiba macam nak mengamuk tanya "ema kau tak basuh baju kerja aku ke?".ema yang tengah penat buat tu ini kompom la panas kan? lebih-lebih lagi ema ni memang panas baran. sorry tu say. ema takde niat langsung nak kurang ajar. tapi nada abang Apis seriusly buat ema marah. ema pun naik angin balas balik " korang kalau nak ema tolong buat apa-apa boleh tak cakap bagitau? ni takde terus nak mengamuk"

abang apis : aku tanya je kan?
ema : masalahnye korang selalu harapkan ema wat sume mende.
abang ewan : dah kau tu adik aku. ko duk uma ni wat ape je! mintak tolong sikit dah berkira. kalau orang lain tu bukan main lagi kan? KAU LEBIH PENTINGKAN ORANG LAIN DARIPADA FAMILY KAU SENDIRI!
ema : baru sehari dua ema takde kat uma ni korang dah nak mengamuk macam ape.
along : yang ko nak marah tua apasal?
ema : takde la nak mintak tolong tu baik-baik la. tibe-tibe nak maki ema tak pasal.
abang apis : aku tanye je kan.
ema : masalahnye ko dah nampak kan bakul kain tak basuh lagi tu.maksudnye ema tak basuh baju la tu.
along : ko nak buat kerja tu kalau tak ikhlas baik tak payah buat!
ema : ema ikhlas ke tak korang bukan nye peduli pun. ape yang korag tau ema ni selalu je jahat. dimata korang ema ni tak berguna pun kan.

punca pergaduhan ni satu je. sebab ema tak basuh baju. untuk pengetahuan abang-abang ema yang tersayang ema TAK TAU PUN BAJU KERJA KORANG TAK BASUH LAGI. KORANG TAK CAKAP PUN KAT EMA! ema kat uma ni dah macam ORANG GAJI! kalau ade gaji ema boley la nak sabar ni TAKDE! hina weyh! bangun pagi kena basuh pinggan mangkuk. dah siap basuh pinggan mangkuk kena masak nasi. kalau mak tak sempat nak masak lauk, ema kena la masak. ema tak kesah pun bab masak memasak ni. ape yang ema kesah is takkan la nak basuh kain baju hari-hari. kalau baju setakat sepasang dua tu takkan la nak basuh je? baik kumpul sekali banyak. memang rumah orang kaya ni nak basuh baju hari-hari. tak payah nak risau pasal sabun, bil air ngan bil elektrik. korang bayang la. kalau korang kat tempat ema! ok berbalik pasal masak. bila ema msak korang bukan balik makan kat uma pun. kalau balik sekali pun korang bukan nye hargai ape yang ema masak tu. ema sedar la ema ni budak kecik. masak sume tak sedap! korang nak lauk orang kaya je. sup sayur or masak yang simple-simple ni bukan korang nak pandang pun kan? bila ema masak sambal plak korang bising. hari hari makan lauk pedas.buasir katenye! dah tu ema nak masak ape? cuba korang cakap! korang bukan nye nak beli barang-barang untuk masak! masing-masing berkerja. duit banyak, sikit pun tak nak kuar untuk uma ni. owh ema ni lebih penting kan orang lain daripada family sendiri? korang tu ape kurangnya? bila ema susah ade korang tolong? huh? ema minta tolong anta ema gi mane-mane ade korang nak anta? korang siap suruh ema pergi sendiri naik bas. hello adik korang ni PEREMPUAN la! korang biarkan adik korang pergi tunggu bas sorang-sorang? ema tak bodo! ema cari la kawan yang boleh teman ema. well ORANG LAIN YANG EMA PENTINGKAN TU la yang selalu tolong ema bila ema susah! oh lupe korang sume busy untuk keluarga ni! keluar rumah pagi. balik malam. rumah ni dah macam hotel! korang lapar, makanan dah tersedia kat uma kan? makan tak sedap senang je boley makan kat luar. rumah ni bosan? well korang boley roger kawan-kawan korang ajak lepak or what ever! hari hari lepak. rumah bersepah ade korang peduli?? mike(kucing) lapar nak makan. ade korang buat makanan die? mike busuk korang bising! ema gak yang kena mandikan die. ade korang kesah? ye ema tau korang mesti cakap macam ni "ade aku kesah?" rumah kotor siapa yang kena marah? ema gak yang kena marah ngan abah! padahal korang yang buat sepah, ema gak ke yang kena? yang ni ke yang korang cakap ema pentingkan orang lain daripada family sendiri? huh? weyh! cakap la! ema duduk kat rumah ni 24jam seminggu! kenapa ema tak keluar? sebab ema sangat pentingkan orang lain daripada family sendiri la ni! ema korbankan masa remaja ema kat rumah ni! ema tak kerja. sebab ape? sebab abah dengan mak tak bagi ema kerja. yes ema dengar cakap diorang. ema patuh je arahan mak ngan abah. ema tak banyak bunyi pun. sebab bagi ema korang selalu fikir ema ni jahat! ema mengaku sebelum ni memang ema pernah buat jahat. ema tak sebaik abang-abang ema! ema tau ni sume balasan yang ema dapat. ema tak mintak pun duit korang kan? dulu tu walaupun ema jahat, ema tetap tak pernah mintak duit korang. ape yang ema nak semuanya ema guna duit ema sendiri. hasil titik peluh ema berkerja. kerja yang ema buat tu HALAL okey! ema tak susah kan sesiapa pun. well abag apis dah lupe ke? masa abang apis belom gaji lagi abang apis pinjam duit ema. huh? lupe ke? tu yang ema pentingkan orang lain? ape semua ni? ape? along ngan abang ewan punye baju or seluar koyak, ema tolong jahitkan. weyh tu pun ema pentingkan diri sendir ke? wahai abang-abang ema yang tersayang? sampai hati korang kan layan ema macam ni? ye ema menangis bile fikir ayat tu. pedih weyh! setelah bayank ema korbankan untuk family ni. ema belajar kat uitm lendu dulu ema guna duit ema sendiri. duit yang ema kumpul daripada ema kecik. ema mengaku mak ade tolong gak. mak bayar yuran belajar rm 600 tu. selain tu sume duit ema sendiri. ema tak ambil PTPTN sebab mak takut ema kena bayar balik hutang banyak-banyak tu macam yang angah ngan ewan kena tu. sebab ewan tak mampu nak bayar. mak yang kena bayarkan. ema taknak susahkan mak. ema tak mintak pun duit mak masa ema belaja tu. ema faham mak bukan nye kaya. ema faham mak yang kena tanggung kita semua. duit yang ema kumpul dari kecik tu habis untuk satu sem je. ema tak sambung belajar sebab ema dah takde duit. ade korang fikir tu semua? ade? ema masuk giatmara sebab dapat elaun. ema putus dengan encik K pun sebab ema sayang family ema. ema tau mak ngan abah tak suke dengan encik K. selepas setahun lebih ema dengan encik K. banyak yang encik K tolong ema selama ni. sepanjang ema dekat melaka tu, encik K yang ulang-alik jadi driver ema. sebab ape? sebab ema taknak susahkan family ema.bila ema sedih encik K yang selalu ade kat sisi ema. bila encik K takde, kawan-kawan MiRaCLe ngan kawan-kawan giatmara yang ganti. sebab ape ema tak cerita kat korang? sebab korang lebih penting kan "family" daripada ema. ema ni bukan family korang agaknye. ema pernah dengar abang apis merungut pasal angah ngan along selalu mintak tolong sejak-sejak abang apis pakai kereta. kalau abang apis pentingkan family kenapa abang apis nak merungut? kan abang kita tu? jangan la berkira sangat. abang apis jadi driver awek-awek abang apis boley. takkan jadi driver abang-abang sendiri nak berkira?along plak, kate pentingkan family? abah ngan mak minta along ngan kaklong amik cuti pastu pergi jumpa saudara mara kenapa along tak buat? along tau tak mak ngan abah malu! saudara mara banyak yang dah mengata. mak ngan abah tebalkan je muka diorang cakap along ngan kaklong tak boleh nak cuti. bile korang cuti tu kenapa taknak pergi melawat saudara mara? bila cuti panjang korang balik sabah. abis semua saudara mara kat sabah tu along dah kenal. abis kaklong kenal ke saudara mara kt semenanjung ni? along lebih pentingkan family belah sana kan? mak mengadu kat ema pasal along. ema cakap mak sabar la. diorang keja tak menentu sangat. berat kerja diorang tu. tu je yang mampu ema cakap kat mak. sebab ema ape. sebab ema ni adik, ema ni budak kecik. budak kecik yang berumur 20tahun. kalau remaja lain dah memberontak dah. tapi ema tak buat pun macam tu. kalau remaja lain sekarang ni dah pergi clubbing. ema tak. sebab ape? sebab ema waras lagi. ema sayang family ema. ema taknak malukan family ema ni. kalau remaja lain dah ade kekasih dah. tapi ema tak? sebab ape? sebab ema masih berharap mak ngan abah akan terima encik K. sebab ema masih sayang encik K. walaupun encik K dah tak peduli kat ema lagi. ema korban kan macam-macam. korang tak nampak pun tu semua. ema tau kalau korang baca ni mesti korang benci gile kat ema. tapi ini kenyataannya. kalau ade orang lain yang baca ni mesti korang rasa ema ni jahat, teruk, derhaka kan? ema tau. sebab ema memang dari ema kecik lagi nasib ema macam ni. ema dah macam watak kat dalam drama or filem melayu. watak orang bodo. watak jahat.

p/s : siapa yang baca ni tolong jangan cerita kat sesiapa. tolong jangan sebar fitnah. dosa. ema masih sayangkan family ema walau ape pun yang diorang buat kat ema. ema takkan berhenti berdoa. macam yang sahabat ema ade cakap " ema, walau seteruk dan sejahat mana pun kita, ingatlah bahawa solat jangan tinggal" Allah SWT maha mengetahui. Ya Allah ema tak sengaja cerita aib keluarga ema kat sini. ema dah takde siapa yang boleh ema share macam-macam. ema cuma ade blog ni untuk ema luahkan isi hati ema. ema tau cara ni berdosa sebenarnya. ema minta maaf semua..

1 ulasan:

  1. Akak pun lalui hal yang sama. Sedih bila family sendiri layan kita tak seperti sepatutnya. Apapun sabar dik ema.

    BalasPadam