Daisypath Friendship tickers

Ahad, 29 September 2013

Love, friend and story..

Cinta..ape ek cinta tu? Sayang..siapa yang patut disayang? Sahabat, teman, kawan dan member? Sama maksud atau ada maksud lain disebaliknya? Jujur..Menjaga hati.. Prihatin.. Cemburu.. Kepercayaan..Ikhlas..Setia..Ego..

Baik dalam persahabatan atau percintaan, terimalah buruk baik seseorang tu seadanya. Kerana orang lain pun belum tentu dapat terima kita seadanya. Jangan mudah percaya cerita yg kita dengar atau apa yg kita nampak. Kita tak tahu apa sebenarnya seseorang itu sedang hadapi. Kita mungkin tak tahu yg dia memerlukan bantuan kita sekarang. Setiap org yg kita kenali, ada sesuatu yg kita tak tahu tentangnya.

Bukan Mudah Utk Mencari Cinta yg Terbaik...Ini Mungkin Kerana Diri Kite Belum Cukup Terbaik Utk Berpasangan Dengan Cinta Yg Terbaik...Jadi Perbaiki lah Diri Untk Menjadi Yg Terbaik...Berdoa Lah Dan Berusahalah Sesungguhnya Kebahgiaan itu Datang Dari Allah Yg Maha Esa... 

Ema banyak belajar dari semua perkara yang terjadi dalam hidup ema..jatuh itu perkara biasa..cuba untuk bangun semula..jika tiada sesiapa yang sudi membantu, cuba kuatkan semangat untuk bangun dengan sendirinya tanpa bantuan orang lain..jangan mudah mengalah..jangan takut untuk jatuh..buktikan pada dunia dan diri sendiri yang kita boleh berjaya..kesenangan tidak datang dengan mudahnya..kesusahan bakal berlalu jika kita berani untuk terus maju..tanya diri sendiri..adakah kita mahu kekal di tangga yang sama? Kenapa kita tidak terus mendaki sehingga ke puncak? pelangi mungkin sedang menanti..beranikan diri untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang..cari pendekatan atau jalan yang lain jika menghadapi kesukaran..jangan terlalu berharap atau bergantung pada orang lain..mungkin mereka hanya akan menyulitkan lagi keadaan..

Pepatah ema ade berkata "Baik berpada-pada, jahat sekali sekala"..hahaha..dalam hidup mesti paling tidak pun kita akan buat satu kejahatan..jahat disini tidak bermaksud kita tidak boleh berubah menjadi baik..jahat itu bukan untuk selama-lamanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan