Daisypath Friendship tickers

Jumaat, 5 Jun 2015

Sweet Love Story. AnisAizatKeSyurga.

Assalamualaikum. Hai. Ni hao. Kumusta. Annyeonghaseyo. Holla. Whaddap. Kipidap.


Malam ni selepas Isyak kalian akan selamat di ijab qabulkan. Alhamdulillah. Tahniah.

Anis adalah salah seorang kawan Ema semasa Ema belajar di Uitm London eh silap UiTM Lendu, Melaka. Ema kenal Anis masa minggu orentasi aka Minggu Destini Siswa (MDS). Ema belajar jurusan Komunikasi & Media, manakala Anis pula jurusan Akaun. Macam mana boleh kenal? Entah lah. Nak kata kitorang satu bilik, TAK. Satu blok hostel, TAK. Satu bilik kuliah, PUN TAK. hahaha Kitorang kenal kat Masjid Al-Hikmah masa solat. Ema ni pemalu dulu.. aceeehhhh.. hahaha Ema tak ingat la siape tegur siapa dulu? Yang pasti masa tu Anis tak berseorangan. Dia dengan kawan-kawan dia ( Nad, Farah ngan Aqila ). Diorang sume jurusan Akaun. Ema sorang je terselit MassComm.


Tapi Ema sempat kenal & lepak-lepak ngan Anis untuk satu semester je. Ema berhenti belajar kat UiTM tu sebab tak mampu nak sara diri. hahahaha bajet Ema ade anak ngan suami je nak tanggung kat uma tu.. hahaha Anis memang peramah dan sentiasa senyum. Asalkan Ema terserempak je ngan dia kat memana mesti dia tegur Ema.


Ema memang dah lama cemburu tengok dia ngan si Aizat ni. Cemburu in a good way la. hihihi Lepas Ema berhenti belajar, Ema just boleh tengok perkembangan dia kat MukaBuku je. Nampak tak Ema ni stalker sebenarnya? Hahahaha NO LAH ! Dah Anis ni rajin update status dia kat FB ngan Insta. Ema pun tengok je la. hahahaha


Perkara yang Ema tabik kat Anis ni adalah dia minat semua mende oldskool. Tengok la gegambar dia. orang zaman sekarang mana main kereta lama, diorang gi dating naik kereta Mini Cooper Mr Bean tapi warna merah. Ema pernah tengok diorang amik gambar dengan Vespa. Rasanya vespa tu kepunyaan Aizat kot. Comel gile ! Salute ! hehehe Kalau kereta tu rosak, mesti macam cute je tolak sesame. hikhikhik. Perempuan kalau naik Vespa mana boleh duduk terkangkang kan? Mesti duduk ayu , dua-dua kaki kat sisi ala-ala cerita P.Ramlee dolu-dolu. Omey angat. *Sebutan konon kiut la*


Ok lah. Done Cerita pasal Ema. Now korang baca sendiri la Timeline kisah cinta antara Anis dengan Aizat ni. Malam kang diorang dah SAH . Ema plak yang excited. Hahahaha *Cuit sikit gambar Anis ngan Aizat kengkonon amik berkat la, mana tau esok-esok Ema plak kahwin*


Woit Anis tolong la jangan sweet sangat boleh tak? Cemburu deq non. hahaha pape pun Tahniah. Ema sangat-sangat happy for u. Semoga berbahagia sampai hujung hayat. Macam hashtag korang tu #AizatAnisKeSyurga.






-----

Kawan kawan, pls save the date 6 Jun 2015 (Sabtu , Cuti Agong).
Lokasi di : Jalan Semarak 3 Taman Panchor Jaya Seremban. (Kalau khemah panjang kat Semarak 3 minggu tu haa memang khemah Majlis ktorg letew) 😂
Please take note , akan ada 3 PASANG PENGANTIN tawwww  Nanti jangan ingat salah rumah pulak hehe.
To those yang nak kad, boleh PM alamat, anis hantar kad insyaAllah. 19 hari lagi sempat kot abg posmen hantar kan. Doakan yang baik baik insyaAllah ameen~~


- Mohamad Aizat Tamsi , May 17 2015 , 9.39 p.m. -



Penghujung tahun 2008, kira-kira 6 tahun yang lalu di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar.
Cuaca yang panas terik memaksa aku meningkatkan kelajuan langkah kaki aku ke arah pintu pagar sekolah. Aku sedikit mengeluh dengan kerja sekolah yang diberikan. Masih terbayang-bayang lagi teori algebra yang berjaya menghubungkan sel-sel otak aku secara tidak tersusun.
Dari susur gajah, aku mula menyusuri tapak kawad. Laluan biasa pelajar lain sebelum melepasi pintu pagar sekolah.
Tika aku menyusuri tapak kawad, mata aku terpaku ke arah seorang gadis yang sedang berjalan ke arah aku. Kerdipan kepolak mata aku tidak berfungsi buat seketika.
Berbaju kurung putih, berkain biru. Di bahunya disandangkan beg berwarna merah jambu.
Jelas menunjukkan dia seorang pelajar biasa.
Bukan pengawas, bukan cikgu.
Aku memperlahankan langkah aku supaya mudah aku memerhatikan dia dengan lebih terperinci.
Langkahnya yang tersusun, lenggok badannya tika berjalan, senyuman yang terukir di bibirnya, serta pandangannya yang meyakinkan.
Cantik. Ayu.
Dia benar-benar menarik perhatian aku.
Aku suka dia.
Sungguh.
Semakin hampir, semakin cepat jantungku mengepam darah. Berdebar pula rasa hati nak berselisih dengannya.
Gelisah. Tapi aku tak boleh menukar arah laluan. Rugi kalau aku tidak selisih dengannya.
Cantik sungguh ciptaan Tuhan.
"Kalaulah dia jadi bini aku ni, seronok aku ya Tuhan" Aku masih ingat lagi, beginilah hati ku bermonolog sendirian.
Situasi berlaku begitu pantas. Dua tiga tapak telah aku melepasi dirinya. Tiada bunyi angin mahupun kicauan burung seperti dalam drama cinta.
Aku tidak mahu menoleh ke arah belakang. Aku risau kalau-kalau dia juga menoleh ke arah aku.
Tapi aku sempat melihat nametag pada tudungnya.
ANIS.
Singkat betul nama.
Entah siapa dia. Kelas mana. Tinggal mana. Bagaimana dia muncul dihadapan aku pun aku tidak tahu.
Betul. Aku tidak tahu.
Tapi.
Aku akan cari.
Sampai aku dapat.
Aku mula angau.
........................
Hari ini begitu ceria. Aku dengan Anis baru sahaja selesai mencari barang hantaran untuk majlis pernikahan kami nanti.
Aku memilih tarikh 5 Jun 2015 bersamaan 18 Sha'ban 1436, iaitu hari Jumaat.
Ya, pada hari tersebut, aku akan menikahi Anis Binti Rahmat - seorang gadis yang aku pernah kenal sewaktu aku Tingkatan 4. Kira-kira 6 tahun yang lalu.
Kisah aku ini tidak akan habis di sini.
Kerana kisah ini baru sahaja bermula.
‪#‎aizataniskesyurga‬ 



- Mohamad Aizat Tamsi , May 29 2015 , 9.30 p.m. -



7 hari lagi.
Sejak aku berselisih jalan dengan Anis kat padang kawad hari itu, rutin harian aku di sekolah mula berubah.
Pagi-pagi aku akan datang awal ke sekolah dan berharap dapat terserempak dengannya di pintu sekolah. Tapi aku selalu lambat.
Semasa perhimpunan, aku usha dia nyanyi lagu sekolah. Biasanya mesti dia berdiri sebaris dengan aku.
Masa rehat, aku akan duduk di bangku kantin menghadap dia. Walaupun dari jauh.
Bila cikgu tak masuk kelas, aku sengaja lepak dengan Mijan Ajwad kat meja belakang sebab na tengok Anis di meja depan.
Masa balik, aku akan jalan dibelakang dia dan berangan kononnya aku berjalan disebelah dia sweet sweet. Haha.
Tak sabar na datang sekolah hari esok pula.
Harap-harap dia perasan aku usha dia.
‪#‎aizataniskesyurga‬
‪#‎ejartduludulu‬


- Mohamad Aizat Tamsi , May 30 2015 , 8.41 p.m. -



6 hari lagi.
Ish. Malulah aku na pinjam duit kat awek yg aku suka ni. Dah la ta pernah berborak sama. Puas aku ketap bibir dgn gigi. Makin lama, makin sakit pula. Grrr. Agrrrhhhh.
Lantak lah.."Weh, ada 10 sen ta? Pinjam. Na tepon mak"Aku tak tau tindakan aku ini tindakan yang baik atau tindakan paling teruk.."Terkejut aku. Ada. Nah"Awek yg memakai nametag Anis menghulurkan 20 sen..Sejak hari itu, aku gunakan topik baki 10 sen sebagai modal na berborak dengannya.Misi seterusnya dapatkan nombor telefon.‪#‎aizataniskesyurga‬


- Anis Rahmat , May 31 2015, 7.01 p.m. -



Waktu dia cakap nak pinjam 10 sen buat telefon mak, rasa gelabah pulak nak seluk kocek.
Dalam dalam gelabah seluk, ada banyak duit syiling. Tapi yang terpegang keluar 20 sen.
Punya la gelabah, bagi je la 20sen tu biar dia blah cepat cepat sebab dah rasa nebes 


- Mohamad Aizat Tamsi , May 31 2015 , 9.15 p.m. -



5 hari lagi.
Tet tet. Tet tet. (Cenggini bunyi Nokia 1100)
Ada mesej masuk dari nombor yg tidak dikenali. Sape pula ni.Unknown: Salam. Maaf ni sape ea.
Aku: Wsalam. Ni Aizat. Ni sape? Mana dapat no ni.
Unknown: Aizat mana ea.
Aku: Aizat Tamsi. Hmmm Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar. Mechy 2.
Unknown: Sama sekolah. Oh maaf la. Sebab nombor awak ada dalam phone saya. Mungkin kawan saya yg sms awak. Btw saya Anis Rahmat.
Itu jam, mata aku membulat secara tiba-tiba. Yes! Petanda baik ni. Lantas aku sms Ajwad. Cergas betul ibu jari aku menaip keypad phone yg makin lusuh ni.
Aku: Salam Ajwad. Tanya sikit. Anis Rahmat ni sape.
Ajwad: Oh dia Anis kelas aku. KRS. Yg selalu pakai beg pink. Budak outsider.
Aku: Yekeeeeeeeee?! Serius la Ajwad. Terbaik la Ajwad. Sayang kau lebih Ajwad. Kau penyelamat aku.
Sejak kejadian ini, telefon nokia 1100 aku selalu berbunyi. Lebih-lebih lagi di waktu malam selepas aku balik tuisyen.
Tet tet. Tet tet.
Haaa dia dah balas sms. Nanti aku sambung cerita ni lagi.
‪#‎aizataniskesyurga‬
‪#‎ejartduludulu‬


- Anis Rahmat , Jun 1 2015 , 2.13 p.m. -



Tingkatan 4 Perdagangan 1.
Sek Men Teknik Tuanku Jaafar.
Selepas selesai waktu rehat, kebiasaannya gadis gadis TTJ akan lebih agresif dalam bergosip bercerita juga gelak tawa. Tapi aku mungkin belum lagi biasa dan lebih suka menadah telinga mendengar cerita mereka.
Hingga suatu hari sedang asyik menjadi pendengar setia, mata aku tertumpu kepada seorang lelaki yang berjalan bersama rakan rakan yang lain. Episod pengecaman sedang berlaku.
Sejak itu, selepas habis waktu rehat aku pasti menunggu dia.



- Mohamad Aizat Tamsi , Jun 1 2015 , 9.56 p.m. -



4 hari lagi.
Sejak aku dapat nombor Anis secara tidak sengaja, hampir setiap masa aku sms Anis.
Tade sms apa sgt. Cuma tanya, Dah study? Bila na tidur? Yela. Typical couple baru na up.Walaupun dia selalu berborak dengan kawan aku dan aku pula selalu berborak dengan kawan dia, aku dengan Anis jarang berborak berdua di perkarangan sekolah.
Kalau jumpa pun, sorok-sorok. Paling kuat pun, Anis kenyit mata dari jauh.
Hinggakan suatu hari di kelas 5 Perdagangan 1.
Mijan: Jart!! Termenung menda? Kau dah usha Anis belum.
Aku: Uishhh kau ni. Mana ada pape.
Mijan: Kau usha je. Boleh punya. Jangan risau jart. Aku support kau. Try la dia.
Aku: Malu la aku.
Itu jam, Mijan tak tau yg aku dah janji dengan Anis na makan Choki-choki sesama lepas habis sekolah.
‪#‎aizataniskesyurga‬
‪#‎ejartduludulu‬


- Mohamad Aizat Tamsi , Jun 2 2015 , 9.33 p.m. -



3 hari lagi.
.
"Ta faham la dengan teori Fizik ni" Rungut Anis. Anis menyandar ke kerusi sambil memandang aku. Manis.
Ni dah kali ke-4 aku ajar eksperimen yang sama. Agaknya subjek Fizik memang tak boleh masuk dengan pelajar Perdagangan rasanya. Patutlah tiap kali anugerah subjek Fizik, kelas Perdagangan duduk bottom last. Banyak sangat mengira ni. Haha. Aku ketawa kecil.
Tapi aku dah janji na berjaya sama-sama. Aku kentalkan diri untuk ajar kali ke-5. Kali ini aku ajar dengan teknik yang lebih mudah. Aku lukiskan. Aku labelkan. Aku terangkan. Siap bagi contoh lagi. Haa apa lagi na.
.
"Hurrmm. Ta faham juga. Kenapa na kena pakai thermometer pula?" Soal Anis yang semakin kusut diselubungi persoalan.
Aku tolak buku ke tepi. Aku tatap mata Anis. Aku senyum.
.
"Jom. Kita pergi kantin. Saya belanja Choki-choki " Pelawa aku.
.
"Haaa. Yg ni saya faham"Jawab Anis dengan manja. Aku dan Anis terus melangkah keluar dari kelas.
Helaian buku Fizik terselak sendirinya ditiup angin rindu.
‪#‎aizataniskesyurga‬
‪#‎ejarttulisapa‬


- Anis Rahmat , Jun 2 2015 , 10.47 p.m. -



Dulu , awal awal sekolah TTJ , selalu terpacak dekat balai pengawal menunggu dijemput pulang.
Dalam tidak sedar , Aizat selalu berlegar depan mata. Secara tidak sengaja. Hampir setiap hari.
Pernah sekali aku naik ke 4 Mekanikal yang digeruni, orang yang aku terjumpa adalah dia.
Tiada kata , aku berlalu pergi. Tanpa ada rasa apa cuma ada tergambar dan masih jelas hingga saat ini.
Setiap kali terserempak, cuma memandang raut wajah. Yang krik krik tanpa senyuman , perkataan mahupun kenyitan mata haha.
Selepas 6 tahun, aku sedar , itu agaknya cara AllahSWT pertemukan kami. Hebat percaturanNya.
Lebih kurang 8 ke 9 bulan dipertemukan dalam keadaan bisu tanpa kata. Hebat. Manis takdir DIA
3 hari sebelum menunaikan solat jemaah bersama ‪#‎aizataniskesyurga‬



- Mohamad Aizat Tamsi , Jun 3 2015 , 10.00 p.m. -



2 hari lagi.
.
"Kita balik dengan abang kita. Tu dia dalam kereta Wira. Babai awak. Kita tunggu awak mesej kita tau." Ujar Anis sambil kenyit mata manja.
Anis terus menuju ke arah proton Wira yang berhenti di bahu jalan.
Aku melihat abang Anis dari jauh. Masam betul muka dia. Muka macam na makan orang je. Muka ta friendly langsung. Haha.
Aku perati Anis berborak dengan abang dia sambil menunjuk jari ke arah aku. Abang Anis pandang ke arah aku penuh tajam.
Itu jam aku terus sengih kerang, tgok jam tangan, kuis kuis seluar, dan juga bersin secara tiba-tiba.
.
"Kau biar betul Ejart, na teruskan hubungan dengan Anis ni. Silap hari bulan nanti, abang Anis tunjal-tunjal kepala kau Jart" Bisik hati kecil.
‪#‎aizataniskesyurga‬

-Mohamad Aizat Tamsi , Jun 4 2015 , -
Maka dengan ini Admin ingin mengisytiharkan malam ini sebagai Malam Yang Penuh Gemuruh.
Kuatkan semangat wahai Ejart.




1 hari lagi.
.
"Jahat betul Cikgu Affendi tu. Suka-suka je tampar pipi orang pula"
Marah betul Anis. Tajam betul muncung bibir Anis. Boleh jadi penyangkut baju. Haha.Anis teman aku tolak vespa ke tepi padang sekolah. Itu jam memang terasa berjalan kat karpet merah. Jadi perhatian ramai. Mau tak nya, baru lepas kena lempang depan orang ramai.
Sampai tepi padang, aku tongkatkan vespa. Aku duduk di sebelah Anis sambil menyaksikan acara kemuncak Hari Sukan sekolah. Tarik tali.
Aku tiba-tiba sengih lalu aku ketawa kecil.
.
"Awak ketawa kenapa? Macam tade perasaan je lepas kena lempang" Anis kemusykilan memandang aku.
Aku pandang Anis. Aku jawab.
.
"Saje. Seronok. Walaupun baru lepas kena tampar depan semua orang, walaupun masa tu masing-masing melarikan diri tinggalkan saya , tapi awak masih steady sambut saya tadi. Yg best sekali, awak masih ada dengan saya."
Jawab aku padu.
Itu jam pipi Anis kemerah-merahan. Na je aku cubit pipi Anis. Tapi aku batalkan hajat aku.
‪#‎aizataniskesyurga‬
‪#‎ejartduludulu‬
‪#‎apaceritavespaejart



- Mohamad Aizat Tamsi -
Orang kata, bila kita rasa bersyukur, berilah sedikit kepada orang sekeliling. Sama-sama merasa.
Tapi aku tiada apa-apa yg mampu aku berikan.Hanya doa dan tulisan pendek mampu aku kongsikan bersama.Aku seronok.Korang seronok.Aku bertambah seronok.Beronok-ronok.




- Anis Rahmat , Jun 5 2015 , 3.11 p.m. -
Nebesnya dupdap dupdap.

- Mohamad Aizat Tamsi , Jun 5 2015 , 3.53 p.m. -
Kalau Anis nebes dup dap dup dap, aku hanya mampu usap dada aku sambil berkata,
"sakitnya tuh di sini"






Ini ke doorgift korang? RARE GILER ! Suka !


- Anis Rahmat -
Sabtu | 06062015
For 90's only. Sebab bila tanya budak budak 2000++ semua tak kenal apa itu TORA DAN DING DANG



Coklat duit for ‪#‎aizataniskesyurga‬
Dedulu masa KAFA, mesti ada coklat ni dalam poket.
Sabtu | 06062015





-Anis Rahmat , Jun 7 2015 , 3.05 p.m. -


Tanpa dirancang, tiba2 aizat cakap "pusing sini kejap , abg nak doakan awak"
And yes boleh dengar apa yang didoakan. Ikhlas dari hati , terharu.
Mula terasa lebih sedar bahawa syurga telah bertukar tempat. Semoga tidak aku menyumbangkan dosa kepada suami.
Dan minta maaf abah, kalau banyak silap dilakukan selama dosa kita di bawah tanggungan abah. Kita sayang abah sgt.
Sayang abah. Sayang suami. 
Alhamdulillah , 3 hari bergelar isteri.


- Anis Rahmat , Jun 7 2015 , -



Selamat malam mak abah. Kita tidur rumah ejart ea 😘 tak sampai 10km pun hihi.
Sebak la jugak td masa packing2 baju sikit😝








- Mohamad Aizat Tamsi , -

Alhamdulillah. Hari ke 4.
Belum ada masa yg lapang utk ucap terima kasih secara proper.
Ramai yg datang, ramai yg ucap, ramai yg mendoakan, ramai yg memeriahkan.
In shaa Allah. Malam ni aku update.
Sekaligus kongsi sikit kisah pertama kali berjumpa dengan keluarga mertua. Hahaha.


- Mohamad Aizat Tamsi , -

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah Syukur Ya Allah dengan segala kebahagian yg dikurniakan.
Okay okay. Sebelum masuk tidur, Aku dan Anis Rahmat na ucapkan terima kasih.
TERIMA KASIH atas ucapan sepatah dua kata korang.
Tak kiralah sebelum majlis, semasa majlis, atau selepas majlis atau diluar majlis, dalam laman sosial. Thanks. Terima Kasih kepada yg menggunakan hashtag aizataniskesyurga.
Malam semalam Anis report, ada yg tukar hashtag tu kepada aizataniskeranj**g.
Itu jam, aku mula tenung Anis dalam dalam sambil senyum nakal.
TERIMA KASIH kepada yg mendoakan.
Kepada yg tahu hubungan kami sejak sekolah. Kepada yg menyokong kami dari dulu hingga ke hari ini.
Doakan aku dgn Anis dapat jejak ke Tanah Suci awal tahun depan. Moga dapat balas doa kalian di Tanah Suci.
TERIMA KASIH kepada yg sudi hadirkan diri ke malam pernikahan aku.
Ada orang kata aku kena kahwin paksa. Mana taknya, Anis keluar bilik, aku nangis. Anis disarung cincin, aku nangis. Akad nikah, aku nangis lagi. Aku doa pegang kepala Anis pun aku nangis. Hampir semua scene, aku nangis. Mataku berkaca. Sebenarnya habuk banyak sangat.
Iyeeee. Aku cool laa. Haha.
TERIMA KASIH kpd yg sudi hadir ke Majlis Perkahwinan kami.
Sumpah seronok. Korang memang power. Walaupun tak dapat lepak lama. Walaupun ta dapat amik gambar banyak-banyak. Walaupun baju sanding kuninga diraja menyilau mata. Walaupun makanan sedap sgt. Walaupun pelamin cantik sangat. Eh eh. Cantik ea?
Kepada yg tidak dapat hadirkan diri, it's okay. Aku faham. Masing-masing ada urusan yg ta dapat dielakkan.
Masa atas pelamin, aku dah catat kehadiran mana yg dtg, mana yg ta dtg. So, mana yg ta dtg, boleh dtg masa kenduri bulan 8 nanti. Kalau ta dtg juga, aku merajuk 7 bulan purnama. Haha.
TERIMA KASIH kpd yg memberikan hadiah. Alhamdulillah. Macam-macam kami terima.
Besar kecik, berat ringan. Hadiah yg paling best, doa doa korang. Moga termakbul hendaknya.
Kepada yg memberi Anis hadiah rare ni, Anis terharu angat-angat. Sampai ta tau malam ke berapa na pakai. Haha.
TERIMA KASIH juga kpd yg memberikan sumbangan berupa wang. Tang ni berat hati nak terima sebenarnya. Tapi kalau aku dah bersilat menepis sampul duit raya daripada masuk ke saku aku, aku terima juga.
Jgn risau. Duit dalam sampul ni tak jadi Iphone pun. Awal awal dah masuk tabung Anak. Hehe.
TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH
Maaf di atas segala kekurangan sebelum, semasa dan selepas majlis.
Sebelum majlis.
Penuh fb korang dgn cerita zaman sekolah aku dan Anis. Mesti rasa rimas jee kan? . Padan muka. Sape suruh add aku. Hahaha.
Maaf juga pada yg ta sempat bagi kad jemputan. Ada yg terlepas pandang.
Maaf juga pada member aku yg aku ta jemput. Bukan apa, majlis ni belah perempuan. Kalau aku jemput semua member aku, pening bapak mertua aku. Geng mini, vespa, volkswagen penuh sampai tade paking. Haaaa. Nanti aku jemput bulan 8 belah aku punya.
Semasa majlis.
Mana yg ta dapat tempat duduk.
Mana yg ta dapat makan.
Mana yg ta sempat bergambar.
Mana yg ta dapat borak lama.
Mana yg dtg tapi ta dapat jumpa.
Mana yg tersalah dtg kenduri. Eh ada ke?
Aku mohon maaf.
Selepas majlis.
Apa apa yg kurang, maaf kan.
Yg baik yg awesome yg cantik yg manis yg power semuanya datang dari Maha Pencipta.
Yg kurang, yg kekok, comot semuanya datang dari kami sekeluarga.
Selamat malam.
Na sambung kira bulu kaki jap.
Assalamualaikum.






P/S : Dear Anis, Sorry Ema tak dapat pergi kenduri kahwin anda. Ema kena kerja fullday la Sabtu ngan Ahad. Serius sedih. Serius nak pergi sangat. Nak jumpa Anis, Nad, Farah ngan Aqila. Rindu korang. Pape pun Ema doakan yang terbaik buat Anis dan Suami. Ema akan sentiasa follow up perkembangan kisah cinta kalian ni. Hehehehe best wooo.. Lepas ni dah boleh buat Novel, lepas tu buat filem or drama plak. Take Care. Lot Of Loves From Me Ema Sheikh.

1 ulasan: