Daisypath Friendship tickers

Selasa, 2 Jun 2015

Ema si bajet Profesional Car Driver !

Assalamualaikum.. Ni hao.. Annyeonghaseyo.. Holla.. Whaddap nigga!


Hehehehe jangan serius sangat.. ema bergurau.. senyum sket..


ok.. this post is about me and my driving skill.. Ceeeiiiiittt !! berabuk la ko speaking ema.. cer cakap Melayu sket.. Martabatkan lah bahasa kebangsaan.. aigoo..

hahahahaha ok bukan speaking english yang ema nak ketengahkan dalam penulisan ema kali ni..


Untuk pengetahuan kalian ema ambil lesen memandu (D) masa ema berumur 19 tahun(2011).. dalam tempoh 2 tahun pegang lesen P tu ema tak pernah sekali pun pegang stereng kereta.. yela takde orang yang berani nak bagi tawaran memandu kereta diorang.. Paham.. Takot kete calar lettew.. hahahaha


So skill pemanduan ema pun karat la.. demi nak buat ema biasa dengan kereta, tahun 2013 ema pun beli la sebijik kereta Second-Hand auto.. sepanjang ema ada kereta sendiri ni, ema tak pernah lagi langgar kereta orang.. Oi siapa tak sayang kereta oi.. adik ema sagat kereta ema kat dinding pun ema dah nangis macam hape da.. punye la berhati-hati dan sayang nye ema pada kereta ema..



Detik 30 Mei 2015 pada pukul 10 pagi bertempat di tempat letak kereta Bangunan Bangi Gateway Bangi, buat pertama kali dalam sejarah pemanduan kereta ema, ema telah menyondol buntut kereta ema pada buntut kereta orang lain.. Gempak! Ini sangat TAK AWESOME !



Tapi apa yang ema buat adalah ema terus keluar dari kereta ema kemudian meluru ke arah kereta yg ema dh langgar tu.. Dem! Pemilik kereta tu adalah seorang lelaki.. Takutnye ema masa tu Allah SWt je yang tau.. Ema tak fikir dengan betul pun.. Apa yang terkeluar dari mulut ema hanya " Minta maaf encik saya betul-betul tak sengaja. Macam mana ni? Nak saya bayar ke? Saya boleh bayar." Padahal ema tak rasa pun ema mampu nak bayar ganti rugi tu.. Ema tawakal je la.. Kalau la brader tu minta ema bayar, alamatnye ema kena la pinjam duit kat Ah Long.. hahahahaha



Nasib ema baik, brader tu cakap " It's ok. Calar sikit je. Cat je ni." Walaupun brader tu cakap takpe, ema tetap juga rasa bersalah. Gile ko ! Kereta breder tu kereta baru kot.. Berkilat lagi ok.. Kereta Toyota Altis warna Silver.. Percaya tak? Ema langsung tak check kereta ema.. Punye la ema rasa cuak + rasa bersalah + terkejut.. Tengah hari sikit baru ema sempat check kereta ema tu.. Kesian my baby boo Haunter.. Calar dah bumper belakang die.. Nak buat macam mana kan? Dah nak jadi.. Dah la esok nye tu (31 Mei 2015) tu bufday Haunter yang ke-2.. Haunter macam nak minta hadiah New Full Body Paint je? hurm..


Tu petanda Allah SWT nak tunjuk kat ema, jangan bajet ema ni hebat sangat bawa kereta.. Lepas je kejadian tu, ema terus fobia kot.. setiap kali nak parking abis setiap inci sudut ema usha dulu.. walaupun jarak kereta ema ngan kereta orang jauh lagi.. Jantung ema berdegup laju selaju kereta ferrari.. hamboi perumpamaan ko ema.. ganas tol.. hahahaha



Sebenarnya disebalik kejadian langgar kereta orang ni berpunca dari pada sifat TAK SABAR & TAK BERTIMBANG RASA MANUSIA.. kerana nak elak daripada berlanggar kereta orang yang tak sabar tu, ema telah melanggar kereta yang tidak bergerak pun. Takpe la.. Ema ambil pengajaran daripada kejadian ni.. Terima kasih banyak-banyak kepada para pemandu SELFISH kerana dah mengajar ema erti bertimbang rasa dan berperikemanusiaan..


P/S : Kepada semua pemandu di DUNIA, tolong la bertimbang rasa.. Ambil la jarak yang selamat ! Dah nampak orang nak masuk parking, boleh tak tolong SABAR untuk tunggu sampai orang tu dah selamat masuk parking ! ni tak. PEHAL LU? NAK TERKINCIT DAH? Semua orang nak cepat gak bukan awak seorang je ok.. Tak pasal-pasal kereta yang tak salah calar.. Kan ustaz ngan ustazah kat sekolah ada ajar " KALAU KITA MEMUDAHKAN KERJA ORANG LAIN, IN SYAA ALLAH ALLAH AKAN PERMUDAHKAN URUSAN KITA "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan