Sabtu, 23 Mei 2015

susah cakap.

Assalamualaikum.. annyeonghaseyo yorobun..holla.. whaddap!


hari ni kalau diikutkan ema ada kerja dekat Mid Valley.. tapi ade masalah masalah teknikal so ema tak kerja hari ni.. Well as Putrajaya People already know from 22-24 May 2015 got event on going at Dataran Gemilang, Putrajaya.. biasanye kalau ema tak kerja memang kat situ la ema menempelkan diri.. tapi tahun ni ema tak gi.. WHY?? sebab ema takde geng nak gi.. mood nak keluar rumah pun takde.. adik ema selamber sardin je gi lepak kat Belia tu sensorang.. hahahaha



susah betol jadi wanita dewasa berkerjaya ni.. aceeehhh bajet kan ko ema? mane tak nye, bila ema kerja bukan main ramai orang dok ngajak ema wat aktiviti, jemputan kawen, lepak, banje makan, etc.. ni ema cuti takde watpe kat uma, takde la plak kengkawan ajak lepak.. mane la pergi nye kengkawan ema ni?

faham.. masing-masing ade hal masing-masing.. masing-masing ada kerjaya masing-masing.. masing-masing ada keluarga masing-masing.. jadi kenapa perlu ema terasa hati kan? begitu jugak la pada kalian.. jangan la terasa hati bila ema tak contact atau tak luangkan masa untuk kalian..



tak bermaksud ema dah lupa pada kalian.. ema sentiasa ingat kalian.. ema sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian semua.. ema sentiasa merindui kalian.. kalian yang terbaik.. kalian la semangat kekuatan ema.. jadi percayalah ema tak pernah lupa pada kalian tau..




ema masih lagi dalam proses pembelajaran.. ema masih belajar erti kehidupan.. eh? aik? falsafah apakah ini ema? hoi hoi hoi ema tengah serius ni.. back to serius mood..



ema minta maaf kalau setiap apa yang ema buat atau setiap apa yang ema tak buat, mengundang sifat tak puas hati, terasa hati, kecewa atau marah kalian terhadap ema.. ema takde maksud langsung nak buat sesiapa pun tersinggung dengan ema.. ema minta maaf tau..



ema ni nobody.. ema try nak jadi somebody.. ema try very hard.. ema sedar ema tak hebat.. ema tak cukup hebat untuk jadi macam orang lain.. kadang-kadang tu ema terlampau mencuba yang terbaik sampaikan ema tak sedar langsung yang ema ni sebenarnye takde kebolehan atau kemampuan langsung pun untuk capai sesuatu tu.. sampai satu tahap ema penat.. ema letih sangat.. ema ade juga rasa nak berputus asa.. tapi bila ema tengok kalian semua, ema jadi tercabar dan ema cuba push diri ema dan cakap " Positive ema! Takde orang lain yang boleh tolong kau selain diri kau sendiri ema! "




i know mesti ade juga antara kalian yang cakap kat ema " Ah poyo la ko ema ". Yes! ema mengaku ema memang poyo pun.. poyo untuk kepuasan diri ema.. ema tak pernah minta duit atau belas ehsan kalian.. ema cuba untuk puaskan hati semua orang tanpa menyakitkan hati family ema.. ema cuba untuk TIDAK MENYUSAHKAN kalian.. ema cuba sedaya upaya ema.. dan akhirnya tetap akan ada kata-kata " Ah poyo la ko ema ". Ema tak cakap majoriti kalian.. yang pastinya akan ada seorang.. ema ulang SEORANG yang mengharap kejatuhan ema.. yang sentiasa nampak negatif je pada ema.. ema tak salahkan dia.. memang wujud naluri manusia untuk ada sifat iri hati..




Ema terlalu mencuba sampaikan kadang-kadang ema lupa untuk puaskan hati ema sendiri.. bila ema duduk sorang-sorang, pernah terdetik kat dalam kotak pemikiran ema ni " Hoi ema ape je yang ko dah buat untuk diri kau? ". Jawapan untuk soalan ni masih lagi samar-samar.. sebab ema tak tau apa yang ema nak dalam hidup ema ni.. Ema pernah cakap " Kebahagiaan dan kegembiraan orang di sekeliling ema adalah kebahagiaan dan kegembiraan ema juga " .  bila ema fikir betul-betul, berape je kebahagiaan dan kegembiraan yang ema pernah bagi kat orang-orang sekeliling ema?


ema ikut je apa yang kawan-kawan ema nak buat, ema tak fikir pun apa pandangan family ema tentang perkara ema buat dengan kawan-kawan ema tu mungkin dah menyinggung perasaan family ema.. nampak tak? satu pihak suka, manakala satu pihak lagi duka.. ema selalu luangkan masa dengan kerjaya ema kemudian ema habiskan masa ema dengan family ema.. kawan-kawan ema terasa hati sebab ema langsung takde masa untuk mereka.. nampak? masih ada yang berduka.. ema cuba fokus dalam kerjaya ema demi mencari duit untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi tanpa mengharapkan pertolongan daripasa sesiapa dan ema cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa.. atlast, 3 pihak sedang berkecil hati ..

  1. Family ema
  2. Para sahabat ema
  3. Diri ema sendiri



betul tak? memang susah cakap kan? hari ni ema cerita masalah ema ni.. esok lusa mesti kalian dah lupa.. rutin ni akan sentiasa berulang berpusing macam roda.. nasihat ema, tolong jadi diri sendiri dan jangan ada sikit pun negatif input.. ema bukanlah seorang yang tetap pendirian..pendirian ema sentiasa je berubah.. dah lama ema nampak sifat ni wujud dalam diri ema.. apa yang ema cuba buat adalah jadi diri sendiri.. sebab tu ema nak minta maaf dekat semua orang yang mengenali ema.. bila mana pendirian ema ni berubah pasti ada je antara kalian yang tersinggung dan berkecil hati dengan ema.. korang tak faham? hahaha sebenarnya ema sendiri pun masih lagi mencuba untuk faham diri ema sendiri..



ema rasa ema ni pelik la sebenarnya.. korang tak rasa ke? ema macam ada dunia ema sendiri.. hurm SUSAH CAKAP la !



Ema tulis KOSONG.. Ema tulis RANDOM..

1 ulasan: