Daisypath Friendship tickers

Ahad, 18 November 2012

bersabar lah wahai hati!

ema betul-betul dah tak boleh nak berfikir dengan betul lagi..Ya Allah! Kuatkanlah iman hamba Mu ini Ya Allah..kalau bukan kerana ema ni darah daging abah, dah lama ema kurang ajar.. Ya Allah.. ema dah tak tahu nak luahkan dekat siapa lagi?? dari kecil sampai lah ema besar..semua perkara yang ema buat, semuanya salah..ema tau abah sayang ema..tapi kenapa abah mesti layan ema dengan teruk?? ema sabar je dengan maki hamun abah tu sebelum ni..sebab ema fikir ema ni budak lagi..abah marah ema pun mesti ade sebab..tapi sekarang ema dah besar.. ape lagi kesalahan ema?? abah tak bagi ema kawan dengan lelaki.. yes! ema tak kawan atau keluar dengan mana-mana lelaki kecuali abang-abang atau adik je..ema keluar pun mesti bagitau dekat mak, mane ema nak pergi dan dengan siapa..paling lambat pun ema balik mesti pukul 7..ye ema mengaku..ema pernah balik malam tapi ema bukan keluar dengan orang lain..ema kaluar dengan Umi adik perempuan abah sendiri..abah rasa ade lagi ke remaja perempuan yang duduk rumah setiap masa, masak, kemas rumah dan uruskan serba serbi dalam rumah lagi sekarang ni?? macam yang ema buat?? abah ema bukan nak berkira..ema ikhlas..tapi bila abah sikit pun tak hargai setiap perkara yang ema buat tu, makin lama makin tak ikhlas jadinye..abah tau tak? hari-hari ema cuba amik hati abah..ema tak minta pun duit abah selama ni..ema cuma nak abah hargai ema..tu je yang ema nak..abah boleh tak berhenti marah ema??boleh tak abah berhenti cakap ema ni tak guna??percakapan tu umpama doa.. abah sedar tak?? tindakan abah ni buat anak-anak abah mula menjauhkan diri daripada abah?? abah marah abang apis selalu keluar rumah, pastu balik lambat kan? tau ke kenapa abang apis macam tu?? abah ade tanya abang apis?? tak kan?? abah hanya tau nak mengamuk je..dulu adik pun selalu keluar dan balik lambat..abah marah adik.. tapi sekarang adik hari-hari duduk dalam bilik..abah masih lagi marah adik..ape yang abah nak daripada kami sebenarnye?? ema dah tak tau ape lagi yang patut ema buat? ema stress sangat-sangat.. hari-hari ema fikir..ape la yang ema nak jadi?? ema menganggur sekarang, abah tau ke kenapa?? ema fikir ema nak keja di mana? kerja yang tak penat. kerja yang gaji nye besar. kerja yang habis awal..kerja yang ema selesa..kerja yang ema senang nak pergi dan balik..abah cakap memang senang.. ema jangan la memilih kerja! abah tau tak? masa ema kerja dekat kedai gambar dulu, dah la susah nak dapat bas..balik malam pukul 10 lebih..masa tu bas memang dah tak lalu tempat kerja ema tu..kalau nak dapat bas ema kena jalan kaki pergi depoh/terminal..dah la jauh, gelap pulak tu..sanggup abah biarkan anak perempuan abah jalan kaki malam-malam sorang diri??? masa ema kerja JPN pulak. hari-hari ema jalan kaki pergi dan balik..kadang-kadang hujan..ema redah je..nasib baik kerja tu balik awal pukul 5petang..tapi masalahnya adalah ema kena buat semua kerja rumah..penat jalan kaki ema tak hilang lagi..abah dan suruh ema buat itu ini..ema faham..ema kena la tolong mak..tapi abah, ape guna yang lain duduk dalam rumah ni?? tu baru cerita pasal ema..blom pasal mak lagi..mak selalu mengadu dekat ema pasal abah..abah sibuk pasal nak kawen lain..hamboi..family yang ada sekarang ni pun abah tak terjaga..ni nak kawen lagi..semua bil rumah ni, mak yang bayar kan?? barang dapur semua mak yang beli..duit abah mana?? abah ni lelaki ke?? abah, ema ni dah besar.. ema nampak semua tu..mak tak cerita pun, ema tau..hari-hari handphone abah berbunyi..abah mesej dengan siapa?? mak ade je kat dalam rumah ni..kejap-kejap bunyi, kejap-kejap bunyi..kalau betul la abah dah gatal nak kawen lagi, ok ema nak tinggal dengan mak..ema taknak tinggal dengan abah..ema taknak terus jadi orang gaji abah..orang gaji yang tak dibayar gaji..ema buat kerja rumah selama ni sebab mak..sebab ema kesian tengok mak kena buli dengan abah..abah ni tak sedar diri langsung..mak ikut je semua yang abah suruh..mak sabar je..abah memang melampau..kalau ema luahkan perasaan kat mak, mak still back up abah..punya la sayang mak dekat abah! abah boleh pulak menggatal dengan perempuan lain?? Mak diam je..abah pernah tengok mak menangis?? ema yang tengok semua tu..ema yang dengar luahan hati mak..mak tak mengadu kat abang-abang pun..abah buat perangai masa ema nak SPM..ema sabar lagi masa tu..now ema dah 20tahun..dah nak masuk 21tahun dah! abah sikit pun tak berubah..masih lagi panas baran tak tentu pasal..menggatal macam umur abah tu muda lagi..ema,adik dengan abang-abang bercinta, abah marah..tapi abah tu??Ya Allah berdosanya ema..Maafkan ema Ya Allah.. ema betul-betul dah tak boleh nak pendam lagi apa yang ema lalui selama ini..kalau ema fikir pasal mak mesti ema sedih..kalau ema ingat setiap maki hamun abah dekat ema, ema akan menangis..ema cuba fikir positif..abah wali ema..macam yang kakak neena pernah nasihatkan ema, " Suatu hari nanti bila ema dah kawen, mesti ema rindu dengan maki hamun abah tu.." betul juga..ema dah terbiasa dengan arahan tuan besar Sheikh Halim..macam mana la hari-hari ema tanpa abah?? "Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, dan dosa ibu bapa ku, sayangilah mereka seperti mana mereka sayang kami sejak kami kecil." ema janji pada diri ema sendiri, walau semarah mana pun ema pada abah, ema akan tetap baca doa ibu bapa ni untuk mak dengan abah ema..sebab mak dengan abah yang membesarkan ema..mak dengan abah lah syurga ema..ema taknak jadi anak yang Derhaka Ya Allah..tolong la ema Ya Allah.. apa yang patut ema buat?? tabahkanlah hati ema..berikanlah ema kesabaran..

2 ulasan:

  1. sabar yea dear.ujian tuk ema tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah..thanx kak Nik Ros..sorry ema baru perasan komen kakak..terharu..tak sangka ade orang baca post ema ni.. (T_T)
      TERIMA KASIH..

      Padam