Selasa, 23 April 2013

Berkecai? Berderai? Bersepah?

assalamualaikum..

ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH SAHABAT..anda banyak mengajar ema tentang semua perkara..hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui segala-galanya..Pahit manis yang anda dan ema lalui sebenarnya..

Pertama sekali ema nak MINTA MAAF banyak-banyak pada anda kerana ema tak dapat nak jadi seorang sahabat yang baik..Ema tidak berada disisi anda di saat dan ketika anda sangat-sangat memerlukan ema..Jujur ema katakan, ema memang bukan seorang sahabat yang baik untuk anda..Perkenalan kita selama 13 tahun ni sangat-sangat ema hargai..Minta maaf juga jika anda rasa ema ni hanya berpura-pura dalam semua perkara sepanjang persahabatan kita ni..Ema tak boleh salah kan anda..Siapa lah ema? Ema yang hanya belajar takat SPM je..Ema sedar dan ema juga akui ema bukan seorang yang baik..Minta maaf untuk segala-galanya..

stop faking your concerns , it soo suddenly that you can see everything!

Seterusnya ema nak cakap TERIMA KASIH pada anda kerana sudi jadi sahabat ema dalam tempoh masa yang bagi ema sangat lama dan berharga ini..Terima kasih kerana anda selalu ada disisi ema apabila ema perlukan anda..Pernah menjadikan ema antara orang terpenting dalam hidup anda..Ema hargainya sangat-sangat..Terima Kasih kerana anda sudi mengajar ema banyak perkara..Terima kasih kerana telah menyedarkan ema pada kekurangan yang ada pada ema..Terima kasih kerana sudi menegur kesalahan ema..Anda banyak sangat membantu ema..Ema terhutang budi dengan anda..

haha, everybody can do this, google the quote, make some changes and fake everything like 'yours' without citate it. fakers were everywhere.

Last sekali ema nak bagitau anda betapa ema terluka dengan tindakan anda..Ema sangat sedih, kecewa dan rasa bersalah..Ema sedih kerana anda tidak lagi peduli pada ema..Ema kecewa sangat kerana anda tidak bagitahu apa kesalahan dan dosa yang ema dah buat pada anda?? Rasa bersalah adalah kerana ema tak dapat jadi antara yang terbaik dalam hidup anda..Ema cuba menjadi yang terbaik tapi ema betul-betul tak layak mungkin..



Sekali lagi ema nak cakap..Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang ema dan anda rasa sebenarnya..Hanya Allah SWT jugalah yang dapat membalas segala perbuatan ema dan anda..Jangan risau ema tak akan marah walau sikit pun pada anda kerana ema hanyalah manusia biasa..Apa yang ema boleh jujur kat sini, ema betul betul TERLUKA dengan perbuatan anda ini..In Shaa Allah ema akan perbaiki segala kekurangan ema ni untuk kebaikan masa hadapan..

2 ulasan:

  1. ema, luka tu boleh di ubati .. x pe, kami ade. awak teruskan hidup. pandang masa depan awak.. dan terlalu fikirkan org yg tak fikirkan kita.. org yg tak hargai kite .. ok :) ema tak mati pun kalau hidup tanpa dia. ckup ema ade keluarga bahagia. itu kurniaan Allah yg paling berharga nikmatnya.. ok hargai ape awak ade,, awak ade rupa yg comel,, fizikal yg lengkap,, awak ade ilmu pngetahuan, dan tak semestinya hnya ade spm tu tak pandai.. takde sape layak menilai ilmu yg ade dalam diri kita k :) hargai org depan mata awak, sekeliling awak.. doakan mak abah awak .tu lagi aik.. moga2 kite di tempatkan dalam syurga Allah..insyaAllah. senyum sikit :))

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..ema bersyukur sangat ada korang semua..in shaa allah ema akan berubah menjadi lebih baik nanti..sama2 kita doa yang terbaik untuk hidup kita k..LOVE U JIJIE!!

    BalasPadam