Daisypath Friendship tickers

Isnin, 15 April 2013

Ema Dah Ready Ke?

Assalamualaikum blogger..lately mood ema turun naik je..macam-macam jadi..ema cuba positive kan diri ema..ema cuba jugak kuatkan semangat..ada kalanya ema down..sampai satu tahap ema terasa macam nak give up..well tu semua lumrah hidup..dunia ni memang susah nak jangka..

manusia bila-bila masa boleh berubah..negative atau positive tu pilihan diri kita sendiri..sepatutnya kita tak boleh salah kan orang lain..kita seharusnya belajar daripada setiap kesalahan kita sendiri mahupun kesalahan orang sekeliling..belajar untuk terima teguran..tak kira la daripada siapa, muda, tua, kaya, miskin, pandai, kurang pandai atau penjahat sekali pun..kalau teguran nya itu membina kita harus mendengarnya..ema tak cakap yang korang wajib dengar nasihat daripada penjahat..ema just nak bagitau yang kadang-kadang orang jahat ni ade baik nya juga..

siapa kata pelacur tak boleh masuk syurga? well zaman Rasulullah SAW dulu ada seorang pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing yang kelaparan..pernah dengar cerita ni tak? ya pelacur itu bakal ahli syurga..so jangan la menghakimi seseorang berdasarkan luaran dan pengamatan kita sahaja..Allah SWT maha mengetahui segalanya..macam yang ema bagitahu tadi..manusia bila-bila masa sahaja boleh berubah..yang jahat jadi baik..yang baik jadi jahat..pilihan ditangan kita sendiri..

sebenarnya ema takut sangat..takut apa? semua nya..ema takut nak jadi dewasa..ema takut dengan diri ema sendiri..ema takut dengan pandangan orang sekeliling ema..ema takut nak buat salah lagi..ema takut dengan keadaan dunia sekarang ni..setaip saat ema fikir..apa yang ema fikir? macam-macam..sampai ema sendiri pun tak tau la ape yang ema fikir sebenarnya ni..

ema suka berkongsi masalah ema dengan orang lain..terutama sekali dengan orang-orang yang ema kenal rapat..ema terharu sangat pada mereka yang sudi mendengar cerita atau luahan perasaan ema..terima kasih..ema harap sangat orang yang sentiasa ada untuk mendengar luahan hati dan cerita ema tu sudi memberi teguran, nasihat dan pandangan jujur mereka terhadap ema..In Shaa Allah teguran korang ema akan terima dengan hati yang terbuka..well ema tau korang semua takut ema marah kan? ye ema pun tau gak, ema ni pemarah..muka ema memang menakutkan kalau ema marah..maaf semua..ema cuba memperbaiki diri dan cuba belajar untuk mengawal kemarahan ema tu..

apa yang ema harap sangat..kepada mereka yang tak suka ema atau ade terasa hati dan tak puas hati dengan ema, please bagitau ema terus terang..ema sangat tak suka orang mengata ema belakang-belakang ni..ema sedar ema ni bukan nye baik sangat..ema faham mesti ade yang tak suka ema..daripada korang tambah dosa korang baik la korang cakap je terus dekat ema..kalau ema marah sekali pun, ema bukannye boleh buat ape-ape pun..ema ni siapa nak hukum korang?

berbalik pada tajuk post ema ni..ema tak pasti la sama ada ema dah ready ke belum untuk buat anjakan paradigma ke atas diri ema sendiri? untuk pengetahuan para sahabat ema sekalian,tahun 2014 mungkin merupakan tahun terakhir ema sebagai warga Putrajaya..selama 14 tahun ema membesar di Putrajaya ni, sudah semestinya banyak kenangan dan pengalaman yang ema dapat di sini. mungkin juga itu salah satu peluang untuk ema melakukan anjakan paradigma..Memulakan kehidupan yang baru? Menjadi ema yang baru mungkin? ema bersedia ke untuk semua tu?

ema sendiri tak tau la..ema tak pasti sama ada ema dah bersedia untuk anjakan paradigma tu atau pun tidak..ema masih tak berani..ema takut..mungkin ema masih belum cukup kuat..mungkin ema belum bersedia lagi untuk menghadapi sebarang kemungkinan..In Shaa Allah dengan berkat doa kalian dan usaha ema, ema akan berjaya suatu hari nanti..mudah-mudahan..Setiap Kata-Kata Adalah Doa..Jadi berkata-kata lah akan perkara yang baik-baik..

p/s : STAY POSITIVE EMA!! yakin pada diri sendiri..ema adalah ema!! jangan biarkan orang lain menjatuhkan ema!! HIMNE JUSEYO! Aja-Aja Hwaiting!

2 ulasan:

  1. ema..jijie akan ada bersama ema sepanjang hidup jijie, walaupun jijie jauh .. ema, jijie takkan biarkan ema jatuh . pasti takkan :))) senyum sikit.. ok

    BalasPadam
  2. ya allah lega ema baca jijie ckp camtu..terima kasih jijie..in sya allah ema pun akan cuba jadi sahabat yang terbaik untuk jijie..

    BalasPadam