Daisypath Friendship tickers

Ahad, 19 Mei 2013

Kehilangan seorang saudara..

Assalamualaikum..hai semua..

You And Me <3
hari ni ema telah kehilangan seorang saudara ema..Arwah merupakan adik saudara ema yang bernama Nurul Syafiqah Binti Anwar..Arwah berumur 15tahun (Form 3)..Arwah dibesarkan oleh nenek ema kerana kedua ibu dan bapa arwah telah meninggal dunia sejak arwah masih kecil lagi..Arwah meninggal dunia kerana sakit keturunan yang agak susah diterangkan..Arwah merupakan seorang remaja yang aktif..semasa arwah dengan ema, arwah merupakan seorang adik dan sahabat yang sangat baik..Bila ema dengan arwah, Ema rasa macam Ema ada adik perempuan kandung sendiri..maklum la Ema kan anak perempuan tunggal dalam keluarga Sheikh Abdul Halim..ye mereka yang kenal arwah mesti akan cakap yang arwah sangat nakal dan degil..itu betul..tapi jangan lupa arwah juga seorang yang BAIK HATI dan PENYAYANG..arwah yang menjaga nenek..arwah yang sentiasa mengingatkan nenek waktu untuk makan ubat..

24 Januari 2013 Last Birthday Uyun.
ni la kek yg Uyun minta tu.


menipu la kalau ema cakap ema tak sedih atau menangis kan? ema rasa kehilangan sangat..ema juga rasa bersalah..sebab nye ema tak dapat nak jaga arwah semasa dia sakit dan masuk hospital..ema jarang balas mesej arwah..ema selalu bergurau kasar dengan arwah..tapi sebenarnya ema sangat sayang dan ambil berat pasal arwah..Maafkan Ema ya Nurul Syafiqah..Macam yang Ema pernah bagitau Uyun (Nurul Syafiqah) sebelum ni, Ema dah anggap Uyun macam adik Ema sendiri..Masa birthday Uyun ari tu Uyun minta ema buatkan Uyun Birthday Cake..Ema tanye Uyun nak hadiah birthday ape tapi Uyun hanya minta ema buatkan kek..So pagi hari jadi Uyun tu Ema semangat siapkan kek chocolate dengan filling strawberry syrup & fresh cream topping..Ema harap sangat Uyun suka kek yang ema buat tu..Ema juga bagi Uyun teddy bear kesayangan Ema yg nama Maria tu..Ema pernah ternampak Uyun curi-curi amik gambar dengan Maria sebelum ni..So Ema ikhlas hadiahkan Maria kat Uyun..Ema harap Uyun sayang Maria macam ema sayang kat Uyun..Tapi sayangnya..Umur Uyun tak panjang..Pape pun apa yang ema nampak, Uyun memang jaga Maria dengan baik..

Uyun, Nenek & Ema..Ema sayang BOTH OF YOU..


Uyun, ema tak sangka Uyun akan tulis wasiat macam tu untuk nenek..Ya Allah..seriusly ema sedih sangat baca wasiat Uyun tu..walaupun wasiat tu bukan ditujukan kat Ema, Ema betul-betul faham perasaan Uyun masa tulis surat tu..Ya Allah..Uyun memang kuat..Uyun memang hebat..Uyun memang sangat baik..sebab tu Allah SWT lebih sayangkan Uyun..Biarlah Ema, Miza, Bella, Mak Uda, Achik Sari ngan Mak Mah je yang tahu isi kandungan surat yang Uyun tulis untuk nenek tu.. Uyun sekali lagi Ema nak minta maaf..Ema tak sempat nak sebarkan aura POSITIVE Ema kat Uyun..walau macam mana pun ema tetap respect Uyun sebab boley bertahan sampai sekarang..Uyun tau tak? Abang Hafiz Fatoni Uyun datang kot tahlil Uyun malam ni..terkejut ema..ramai jugak kawan-kawan sekolah Uyun yang datang..diorang semua besar-besar dan tinggi-tinggi..kalah ema..hihihi :) Uyun, Ema janji Ema akan selalu doa untuk Uyun..Ema rasa sangat bersalah dengan Uyun sebab Ema tak dapat nak jadi seorang kakak yang terbaik untuk Uyun..Ema harap sangat Uyun dengan MakUsu (ibu Uyun) dapat maafkan ema..







Bismillah hirrahman nirahiim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan. Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya padaMu kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat. Bukan jalan mereka yang dimurkai dan jalan mereka yang sesat..Ya Allah ampunkanlah segala dosa Nurul Syafiqah Binti Anuar..Halalkanlah segala rezeki yang dia dapat semasa hidupnya Ya Allah..Tempatkanlah Nurul Syafiqah di kalangan orang-orang yang beriman..Jauhkanlah dia daripada seksaan azab api neraka..Amin ya rabbil aa'lamiin.








p/s : kepada sesiapa yang mengenali arwah Nurul Syafiqah Binti Anuar (Uyun)..sila maafkan segala salah dan silap beliau semasa hidupnya..jika beliau ada berhutang apa sahaja dengan kalian, sila beritahu dan tuntut pada ema atau sesiapa di dalam keluarga kami..kepada mereka yang tahu password laman sosial beliau, tolong DEACTIVE/DELETE kan account tersebut..akhir permintaan ema adalah kepada sesiapa yang ada perasaan tidak berpuas hati dengan arwah tolong berhenti berkata/bercerita perkara yang tidak baik pasal arwah..orang yang dah "pergi" tak baik la nak ungkit-ungkit lagi..Maafkanlah arwah..Terima kasih..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan