Selasa, 21 Mei 2013

SIFAT POSITIF YANG PERLU KITA PELAJARI


SIFAT POSITIF YANG PERLU KITA PELAJARI

Kisah 1:Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Masyaallah, tak malukah wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar. Semak diri sendiri.

ini adalah perbezaan nya !!

p/s : this is not a RACISM post..ni hanya sekadar perkongsian rahsia kejayaan masyarakat cina yang sentiasa berfikiran POSITIF..maaf jika post ini bakal mengundang kemarahan segelintir masyarakat Melayu..Ema betul-betul minta maaf ya semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan