Daisypath Friendship tickers

Rabu, 14 Januari 2015

awek tudung peluk artis k-pop.

assalamualaikum.. annyeong!


entry kedua Ema bagi tahun 2015.





Awak = Awek tudung
Mereka = Artis Kpop


hurm sensitif gilos isu ni hokey.. sebabnya ini berkaitan dengan maruah wanita Islam.. Well Ema salah seorang peminat K-Pop.. Kira Ema ni salah sorang Kpopers la.. Tapi Ema TAK OBSES sampai tahap nak peluk artis k-pop tu (tak kira lelaki ke perempuan).. Ema juga seorang yang berhijab(bertudung).. Ema tak rasa orang yang pakai tudung tu baik dan Ema juga tak cakap yang tak pakai tudung tu jahat.. Asalkan namanya Islam, maka WAJIB menutup AURAT.. Apa yang dilakukan oleh gadis bertudung di satu Fans Meeting artis K-Pop adalah TIDAK PATUT!  Ema ulang, tidak patut dilakukan oleh mereka yang beragama Islam.







Pertama sekali, memeluk mereka yang bukan mahram adalah BERDOSA. Awak perempuan, mereka lelaki. Awak bertudung maka ia jelas menunjukkan bahawa awak beragama Islam. Mereka lelaki bukan Islam dan jelas juga tiada pertalian darah dengan awak. Ema faham yang awak teruja sangat sebab dapat jumpa artis kpop pujaan awak secara langsung depan mata. Tapi ini tidak menghalalkan perbuatan awak tu. Walaupun niat awak hanya sekadar "berlakon". Awak kena faham, mereka bukan beragama Islam, jadi mereka tidak tahu tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan dalam Islam. Awak yang sememangnya sudah tahu akan batas-batas pergaulan dalam Islam seharusnya menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada mereka. Lagikan pula,kan memang sudah cara hidup artis kpop ni kat negara diorang (Korea) akan beri "fans service" kat peminat diorang. TU MASA KAT NEGARA MEREKA, BUKAN NEGARA AWAK. Kira "fans service" macam ni adalah perkara biasa bagi mereka. Sepatutnya mereka kena ikut cara Malaysia. Contoh Wonder Girls yang pernah memakai baju kurung semasa membuat konsert di Malaysia sebelum ni.
(Fans service = merangkumi sain autograf, ambil gambar, salam, peluk, cium, menyanyi, menari, berlakon, bergurau atau mungkin ada lainnye lagi yang Ema tak tau)





Kesian plak ema tengok artis-artis kpop yang datang Malaysia sume kena bash. Asal datang Malaysia je mesti kena kecam teruk-teruk. Psy(Gangnam Style), Vixx, Nuest, Dal Shabet dan sekarang ni B1A4 pulak. Memang lepas ni artis-artis kpop mesti blacklist taknak buat show or attend ape-ape event kat Malaysia. Eh tapi elok juga kan? or what u guys think? Kalau agak-agak awak teringin sangat nak jumpe artis kpop better awak fly je gi Korea nun sana. Awak nak buat apa kat sana awak punya suka. Pastu jangan sesekali update pape pun kat media social awak tu. Dosa yang awak buat tu awak tanggung sendiri. Jangan malukan nama Malaysia dan jangan burukkan imej wanita bertudung. Kesian kat family awak sebab dah la dapat malu dengan perbuatan awak, pastu nak kena bayar denda pulak tu. Ema simpati dengan nasib awak awak tu. Bagai jatuh ditimpa tangga plak. Yela orang lain berpeluk sakan (dalam drama/filem Melayu) dengan yang bukan muhrim okey je tak kena bash, tak kena tarbiah, tak kena bayar denda pe sume, tapi bila awak berpeluk dengan artis kpop je terus viral. Harap apa yang terjadi ni akan memberi pengajaran yang berguna untuk kita semua kelak.





Kalau difikirkan balik isu ni bagus juga di timbulkan. Sebabnya banyak la keyboard warrior menjadi hakim dan ustaz/ustazah yang akan muncul menyatakan hujah masing-masing. Macam yang keyboard warrior Ema sedang buat sekarang ni. Ni yang ni. Yang dok tekan tekan punat laptop menaip blog ni haa. hahahahahahahaha jangan buat pasal ye Ema. Ema minta maaf kepada mereka yang terasa dengan nurkilan Ema ni nanti. Ema tak de salahkan sesiapa pun oke. Tak baik la tuduh melulu. Tak baik sebarkan aib orang. Sekali lagi Ema nak minta maaf kat awak-awak tu sekiranya penulisan Ema ni ada mengguris hati atau mengaibkan awak. Ema takde niat langsung nak menyakitkan hati sesiapa mahupun mengaibkan sesiapa. Ema minta maaf.



Add caption




Baru la masyarakat terfikir keburukan drama dan filem Melayu yang juga ada melakukan adegan peluk dan cium. "Berlakon" bukan tiket untuk terlepas daripada dosa. Apa yang salah tu tetap salah. Betul tak? Ehem-ehem bukan pelakon je, penyanyi, menteri-menteri juga. Bersalaman antara lelaki perempuan yang bukan mahram juga salah ye. Owh haah bergambar peluk dengan atlet negara yang berlainan jantina juga salah tau. Macam yang Pendakwah ustaz Kazim Elias cakap ni, " Bukan Kpop saja perlu dikawal, ".






P/S : Ema merupakan salah seorang KPOPERS. Ema suka BigBang, CNBlue, FTIsland, Shinee, RunningMan(Eh RM pun sejenis Kpop ke?hahaha). Tapi Ema TAK INGIN langsung nak peluk atau cium mana-mana artis kpop yang Ema minat tu. Kalau diorang datang buat konsert sekali pun ema tak teringin pun nak beli tiket atau jumpa walaupun free. Sedangkan Ema jumpa artis Malaysia depan mata pun Ema buat tak tahu je, ni kan pulak artis luar negara. OH NO! Memang bukan Ema. Cukup la dosa Ema yang sedia ada ni, jangan la nak tambah dosa besar lagi. Im not perfect. Ema pun masih lagi dalam proses memperbaiki diri menjadi yang lebih baik akan datang. Doakan yang baik-baik untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan