Isnin, 12 Januari 2015

ioi City Mall, Putrajaya. Iceskating. Dip N Dip.

Assalamualaikum.. holla.. annyeonghaseyo.. yorobun.. kumusta.. ni hao..


first nak cakap Selamat Tahun Baru 2015.. tahun baru kena la ade azam tahun baru kan? hurm korang nak tau ke pe azam tahun baru ema? hahahahaha ~gelak dulu~   azam tahun baru ema adalah nak tunaikan azam tahun lepas tu.. hahahaha seriusly azam ema yang tahun lepas belum berjaya ditunaikan.. ekoran kesilapan teknikal ema sendiri.. kikiki well ema harap tahun ni ema dapat lunaskan segala azam ema tu.. in sya Allah Amin.. doakan yang terbaik untuk ema k..


Lets start !    Seperti yang sedia maklum, Putrajaya dah buka pusat membeli-belah yang baru pada 20 Nov 2014.. IOI City Mall, Putrajaya. Now lets say goodbye to Alamanda, Putrajaya.. eh? hahahaha no lah, i'm just kidding..

Kakak Neena, Anep, Ema.


Kat IOI CM Putrajaya ni ada banyak aktiviti boleh dibuat, selain shopping dan makan.. sebabnye kat sini ada ICESCAPE untuk mereka yang gemar iceskating, DISTRICT 21 untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak (wall climbing, bungee jumping, trampoline, maze, etc), WANGSA BOWL untuk mereka yang suka main bowling , dan GOLDEN SCREEN CINEMA untuk mereka yang suka menonton wayang .


Pilihan tempat makan pun banyak. Cakap je nak makan ape? Makanan Melayu, Cina, India, Western, Korean, Japan, fast food, slow food, heavy, snack, ice cream, Halal, Non-Halal? Senang cerita suma ade la.. Pilih je.. Asal ade duit, makan la ape yang korang nak makan.  Makan la sampai muntah!  kikiki
Nak ema senaraikan segala jenis restoran yang ada kat sini ke?

1 Market by Chef Wan.     Ah Cheng Laksa.     B.Bap.     Baskin Robbins.     Beard Papa's.     Big Apple Donuts & Coffee.     Bread Talk, Toast Box.     Cafe D'Fong.     Chatime.     Cornery.     Absolute Thai.     Auntie Anne's.     Baaji's.     Be Lohas.     Bee Cheng Hiang.     Black Canyon.     Buddies.     Cha Tra Mue.     Cielo Dalci.     Cupcake Chic Shiffon.     Dal.Komm Coffee.     Dapur Penyet.     Dip N Dip.     Dubu Dubu.     Famous Amos Cafe.     Fatburger.     Fish & Co.     Food Junction.     Fuel Shack.     Home Made Fish Head Noodle.     Hot & Roll.     Hui Lau Shan.     I Love Yoo!.     Ichiban Boshi.     Japan Boat Takoyaki.     Johnny Rockets.     Johnny's Restaurant.     Juice Works.     Just Pie.     Kampong Kravers.     Kenny Rogers Roasters.     KFC.     Koong Woh Tong.     Krispy Kreme Doughnuts.     Kyros Kebab.     Lavender.     Little Penang Cafe.     Magnum Putrajaya.     MBG Fruitshop.     McDonalds.     Morganfield's.     My Veggie.     Namoo Grey.     Nando's.     Nathan's Famous.     Nelson's.     Noodles Station.     NY Steak Shack.     Oochid Bistro.     Osaka Teppan.     Pancake House International.     PappaRich Dining.     PappaRoti.     Pat Kin Pat Sun Cafe.     Penang Road Famous Teochew Chendul.     Penyet Express.     PizzaHut.     Poppilla.     Rasa Utara.     Relish.     Sakae Sushi.     Secret Recipe.     Seoul Garden.     Shabuton Tei.     Shihlin Taiwan Street Snack.     Stacks by Las Vacas.     Starbucks Coffee.     StickArts Ice Cream Stick Bar.     Sushi Tsen.     Sushi Zanmai.     Sweetly.     T-Lounge by Dilmah.     Tan Ngan Lo Herbal Store.     Tappers Cafe.     TCBY Frozen Yogurt.     Tea Bag.     Teh Tarik Place.     Tenka by Bentoya.     Teppanyaki.     Tarrace Cafe.     Texas Chicken.     The Chicken Rice Shop.     The Coffee Bean & Tea Leaf.     The Manhattan Fish Market.     Tokyo Kitchen.     Tony Roma's.     Wondermilk.     




Hah ! Hambik ubat.. Juling mato baco namo-namo food & beverage dio.. hahahahaha . Untuk mereka-mereka yang beragama Islam tu, sila rujuk Halal-Hub JAKIM sebelum korang nak try makan or minum kat memane cafe, coffee, bakery or restaurant yang ade kat sini ni.. Jangan nak main serbu je.. ingat "we are what we eat" hehehe eh betul ke ayat ni?


ape lagi nak share eh pasal mall ni? ape je lagi yang korang nak tau? hahaha



Kalau korang nak jadi Kim Yuna(Top Figure Skater)




ema dah try main iceskating die. Ice rink die sama besar macam kat ice rink Sunway Pyramid. Bersaiz olimpik kate ko. Dekat dengan District 21.  Untuk mereka yang teringin nak try tu meh sini ema share harga nak masuk Icescape ni. RM23(Weekdays) and RM28(Weekends/PublicHoliday)..
Untuk mereka yang tak bawak stokin dan sarung tangan sendiri kena bayar extra RM9(Sarung tangan) dan RM6(Stokin). Sarung tangan dan stokin adalah WAJIB dipakai semasa berada di dalam Ice Rink hokey! Bagi mereka yang dah bawak atau pakai sarung tangan dan stokin sendiri, maka hanya perlu bayar RM23 / RM28 sahaja la. Kalau nak guna loker kena bayar RM2 per token. 1 token bersamaan 1 loker. Loker ni boleh buka sekali je. kalau dah buka, lepas tu nak kunci balik kena beli token baru. anderstud? hahaha understand? owh haah la. kalau korang perasan ade bebudak main dengan Penguin tu, yang tu kena bayar lain lagi. RM30 seekor untuk tempoh masa 1jam. ini ema rasa tak perlu kot. Sepanjang pemerhatian ema, penguin ni tak banyak membantu pun. Biasa nya budak kecik je yang guna penguin ni. Kengkonon penguin ni boleh bantu kanak-kanak meluncur atau praktis. Apa yang ema tengok, penguin ni lagi buat kanak-kanak susah nak bergerak ade la.. Better la para ibu bapa kakak abang je yang pegang or pimpin diorang meluncur. Serius talk.. Tapi kalau korang rasa penguin tu berguna so bayar je la..kan? hahahahahaha



Luas tak ice rink die?






Ambil gambar guna kamera sendiri / hp sendiri dalam ice rink adalah dilarang. Makan di dalam ice rink juga dilarang. Bergerak mengikut arah lawan jam. Untuk pengetahuan korang, icescape ada jurugambar dorang sendiri. Just cari brader yang pakai baju hijau memegang kamera. Nanti brader tu ambil gambar korang lepas tu bagi wrist tag. Korang just gi kaunter gambar die tu then pilih gambar yang korang nak print tu. saiz 6R klu tak silap ema. sekeping gambar RM25. Kat gambar yang di print out tu nanti akan ada QR Code. Scan lepas tu upload la kat memane media social korang nak.




Bayar dulu baru main.





Mesti korang tertanye-tanye, "Bayaran tu boleh main berapa jam?" Jawapan nye, dah masuk tu korang main la seberapa lama yang korang nak. Bak kate brader yang pakai baju merah tertulis "CREW" kat belakang baju, "Korang main la sampai lebam". yup! Memang lebam-lebam pun kaki dan badan iolss. hahahaha for me, lebam yang best. Bab kalau dah keluar nak masuk balik tu ema TAK SURE la plak. Sebab nye mesti ade antara korang yang pernah main Theme Park kat Berjaya Times Square, kat situ tiket die boleh keluar masuk asalkan pada hari yang sama dan wristband tu tak ditanggalkan lagi. Untuk info lanjut sila tanya pekerja icescape tu sendiri k.. hahahaha ni je yang ema boleh share.




Seronok gak main iceskating ni rupenye.. ni first time la ema try main mende alah ni.. SERIOUSLY my 1st Time hokey.. Before this ema pernah cuba main rollerblade je.. Kalau korang tanya ema yang mana lagi best? Jawapan ema ICESKATING.. kenapa? Entah.. Ema rasa iceskating lagi senang nak kawal kot.. Kalau jatuh pun "sejuk" je rasa.. hahahahaha yela jatuh atas ais kan? Pape pun korang memang kena try sendiri main rollerblade ngan iceskating.. Yang pasti dua-dua ni kalau jatuh memang sakit dan main memang kuar peluh.. hehehehe




Hurm ape lagi yang ema dah try eh kat sini? owh haah la. Lavender nye Macaroons. Sebiji RM4. Boleh tahan sedap gak macaroons die ni. Padan la orang sanggup beratur panjang. Bukan takat macaroons je yang dorang jual, ade banyak lagi roti, kek, dorayaki dan macam-macam la.


Lavender Macaroons (Strawberry,Earl Grey, Dark Choc)




Di sebabkan si Anep ni dah lama sangat mengidam nak makan kat Dip N Dip, maka ema dan Kakak Neena pun tunaikan la hajat si budak Anep ni.. Dia yang pilih Dip Crispies (RM13.50) dengan Triple Chocolate Crepe(RM17). SEDAP! Hingga menjilat sudu. Manis memang tak hingat la. Nasib baik kitorang tak order air manis gak. Minum spring water a.k.a URO mineral water(3bottle RM7.50).. hahahaha well penyebab lain yang membuatkan kitorang gi Dip N Dip ni sebab waitress die cute. Anep sibuk sangat nak minta no tapi tak berani.. Ceh! Pemalu la konon ko Anep.. puuiiihh.. hahahaha naseb ko la.. kitorang dah tolong takat yang kitorang mampu je.. Ko sendiri yang lepaskan peluang tu.. kikikiki Total bill RM41.80 ni termasuk service charge.



Atas : Triple Chocolate Crepe
Bawah : Dip Crispies




Dari pukul 11.04am kitorang masuk sampai la keluar pukul 6.51pm. Total kena bayar tiket parking RM6. ok ni je la info yang ema dapat share ngan korang.  Ema harap info ni dapat bantu korang rancang aktiviti dan bajet duit korang tu nanti. Ema harap korang bergembira la nanti. Jangan stress sangat. Take care. Assalamualaikum..



For more info : ioicitymallputrajaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan