Daisypath Friendship tickers

Jumaat, 30 Januari 2015

berfikir?

Suka kat seseorang tapi tak yakin dengan perasaan sendiri. Agak happy bila orang yang kita suka tu tegur kita. Agak awkward bila orang tu cakap sesuatu yang buat kita terfikir " Eh die ni bagi hint yang die tak suka aku ke? "

Lepas tu kebetulan kita terjumpa lagi dengan seorang yang lain, yang juga membuat kita rasa macam kita suka dia. Hahahaha sekarang betul-betul rasa macam seorang yang teruk. Apahal abis semua orang yang kita jumpa buat kita rasa kita ni suka pada mereka semua?

Mungkin ada beberapa perkara yang ada pada setiap mereka tu membuatkan perasaan suka tu muncul. Contoh : Si A ada rupa fizikal yang kita suka/idamkan. Si B pula memiliki perwatakan yang kita harapkan. Si C sentiasa buat kita tersenyum. Si D pula penuh dengan kejutan yang kita tak pernah terfikir dimana kita sentiasa fikir si D merupakan seorang yang kita benci tetapi dia juga ada perwatakan baik walau sekecil kuman. Si E sentiasa memuji kita dan memberi sokongan pada setiap perkara yang kita buat, tapi sebenarnya dia hanya bersikap "beradab atau menjaga adab". Si F pula sentiasa buat perkara yang kita suka buat.

Faham ke? Kalau tak faham takpe. Sebab kadang-kadang kita memang susah nak faham diri kita sendiri. Kita mungkin berpendapat bahawa kita sudah faham sangat dengan setiap apa yang kita buat, tapi sebenarnye kita langsung tak tau apa yang kita sedang buat tu. Hahahahaha pening lagi kan? Yup tu la yang Ema tengah rasa sekarang ni.

Macam-macam ema fikir. Ema dah ready ke untuk itu? Ema ni dah cukup matang ke? Ema boleh ke hadapi hari-hari mendatang dengan baik?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan