Daisypath Friendship tickers

Isnin, 9 Mac 2015

20 Fakta Tentang EMA SHEIKH ~~ TAAADDDAAA !!

Assalamualaikum, Hi, Hello, Ni Hao, Annyeonghaseyo, Holla, Whaddap!


Ye ye ye ema tau ema dah ketinggalan zaman.. hahaha baru sekarang ema nak share "20 Fact About Me" ni..


Dah takyah nak cite banyak, mukadimah berpuitis bagai. Lets start!


                 ~ ~ ~



1.   Pencinta, Penggemar, Peminat, Penonton setia drama atau filem genre Horror, Thriller & Action. Boleh tengok sensorang waktu tengah malam buta tanpa rasa takut. Senang gile rasa excited bila tengok apa-apa cerita yang ber genre ni. Final Destination 1-5, Fast & Furious 1-7, Ong Bak, Scary Movie 1-5 (Eh jap ni kire horror ke eh? hahahaha), The Conjuring, Ghost Adventure, Nightmare on Elm Street, Die Hard, Kill Bill, Kingsman, Kick Ass, Avengers Dan CSI Las Vegas, Miami, New York (Alla yang ni pun ema suke gak walaupun tak tergolong dalam 3 genre tu).



2.   Salah seorang K-Popperz. Sorry pada mereka yang anti-kpopperz ni. Ema tak boleh hipokrit. Erm tapi kan ema TAK SUKA EXO sorry. Yang lain semua ema layan je. hahahahaha Kpop artis yang first sekali ema layan adalah Super Junior, BigBang dengan Wonder Girls. Lepas tu abis semua artis kpop ema layan. CBBlue, FT Island, 2NE1, TVXQ, Shinee, BTOB, BAP, Got7, CrayonPop, SNSD, Kara, T-ara, Apink, Lessang, Epik High, 2pm, 2am, Beast, Miss A, Mblaq dan banyak lagi la. Hahahaha hambik ko pening nak bace.



3.   Family-Girls type. Ema selalu HOME SICK. Rindu mak abah dan adik-beradik ema yang lain setiap kali ema berjauhan dengan diorang. Well now ema tinggal dengan adik ema berdua je kat Putrajaya. Mak abah ema kat Langat. Abang-abang yang lain pun duduk rumah sewa masing-masing sendiri. Jarang dah nak dapat jumpa diorang. Sumpah rindu nak kumpul ramai-ramai macam dulu-dulu. Kalau korang perasan la, ema selalu lepak dengan adik ema si Anep tu. Kadang-kadang abang ema pun join skali. Ema memang jarang keluar dengan kawan-kawan ema. Tapi bila ema keluar dengan kawan-kawan ema memang ema pulun lepak dari pagi sampai malam sehari suntuk la. hehehehe



4.   Suka makan sayur. Mak abah ngan abang-abang suka ejek ema ni kuda la, kambing la, rusa la sebab ema akan makan sayur lebih daripada nasi dan lauk yang lain. Makan sayur tidak semestinya ema ni Herbivor. Ema masih lagi tergolong dalam kumpulan Omnivor (makan daging dan sayur). hahahaha mungkin ni kot rahsia awet muda ema kot. kuikuikui



5.   Suka bagi nama untuk setiap satu haiwan peliharaan ema dan barang-barang kesayangan ema. Kereta (Haunter), Soft toy (Mike, Maria, Choppa, Gamakichi, Gamabunta, Fluffy, Cincan, Gaybob, Bebear), pencil case (Miss Greeny) , kucing (Mike, Shiloh, Miew, Bingu, Kearo, Oyen, Omey, Tembun, Omot, Abam, Kecik) , hamster (Ham Ham) milik ema semua ada nama sendiri. hahahahaha kenapa ema suka bagi nama adalah sebab ema suka bercakap dan anggap semua tu hidup dan faham setiap apa yang ema cakap. Scary enough?



6.   Menari dan berenang adalah senaman yang paling ema suka. Ema paling tak suka berlari. Iceskating & rollerblading pun best gak. Selain tu ema juga suka aktiviti lasak cuma takda peluang dan kewangan yang cukup untuk buat aktiviti lasak.



7.   Perkara wajib ema buat setiap kali ema berada di dapur dan dalam bilik air adalah menyanyi. Sebabnye ema selalu je perasan poyo konon-konon suara ema sedap kat 2 tempat ni. Ada echo. harharhar *sila muntah hijau sekarang!



8.   Takut Badut & Belon. Badut sangat scary daripada hantu oke! Belon getah yang meletup kat tangan or muka ema memang sakit! Sebab ni ema benci kedua-duanya.



9.   Pernah simpan cita-cita nak jadi seorang Tentera Darat / Askar. Suka pakai uniform, kasut but, muka conteng celoreng dan boleh duduk dalam hutan. Erk? Hahahaha seriusly ema pernah simpan cita-cita jadi askar sebab abah ema salah seorang pesara askar. Macam best je sampai la berumur 13tahun, join Kedet Remaja Sekolah (KRS), masa ni cita-cita ema nak jadi askar tu terkubur. Kena denda sebab kawad buruk & teruk. Denda tekan tubi atas jalan tar tengah panas. WOW! Masa tu baru sedar yang ema ni tak cukup FIT.



10.   SANGAT MUDAH TERHIBUR. Hahahaha see ema mesti akan tergelak walaupun perkara kecil. Tak payah susah-susah nak guna punchline yang kebabom pun untuk buat ema tersenyum dan tergelak. Seriusly ema sangat suka senyum walaupun ema tengah sedih atau marah.




11.   Panas Baran. Yang ni super damn scary untuk korang. Jangan sesekali buat ema lapar atau kacau tidur ema. Ema akan meletop macam grenade setiap kali ema lapar atau tak cukup tidur. Jangan sesekali dekat dengan ema masa ni. Sumpah korang takkan suka ema marah. Lagi satu yang akan buat ema marah adalah PENIPU & MUNGKIR JANJI.




12.   SETIA. Yang ni ema memang boleh jamin. Sebab ema still pakai handphone lama ema selagi handphone tu tak rosak teruk. Ikat getah or balut dengan celotape tu mende biasa. hahahaha ni bukan setia tapi kedekut kot. kikiki Ema juga setia kawan. Ema sanggup minta cuti kerja semata-mata nak dengar masalah kawan ema. Kalau ema dah buat janji dengan kawan-kawan ema mesti akan tunaikan janji ema tu.




13.   Sangat suka dengar MUSIC. Paling suka dengar music genre Ska & Reggae. Tapi ema boleh je layan semua jenis music termasuklah nasyid & dangdut. Hehehe ema tak pandai main alat musik. Ema buta not music.




14.   Fobia berada dikeliling ramai orang lagi-lagi kalangan lelaki. Ada simptom ni daripada kecil lagi. Sampai sekarang ema masih lagi cuba belajar untuk hilangkan rasa fobia ni. Bila ema berada di situasi ini, ema akan cuba pandang arah yang jauh dan berjalan selaju yang ema boleh. Dont Worry, ema takkan pengsan atau menggelupur pun bila berada di situasi macam ni. Cuma degupan jantung ema akan jadi laju je.




15.   Pernah kena tahan sebelum masuk wayang untuk movie 18+ sebab Steward cinema tu ingat ema tak cukup umur padahal masa tu umur ema dh 20 tahun. Siap kena tunjuk kad pengenalan la. Kawan-kawan ema bantai gelakkan ema. Caiiittt. Dah la kena tahan dekat cinema yang ema pernah kerja dulu plak tu. Dan nak dijadikan cerita lagi, masa tu Assistant Manager Cinema tu pun ade sekali dengan ema. Sabau jelah.




16.   Tak pernah pakai pencuci muka sampai la umur 22 tahun. Pakai pencuci muka jenama Garnier. Start pakai pencuci muka lepas gatai-gatai tangan gi pakai pencuci muka kawan. Akibat nye muka berminyak teruk dan kulit menggelupas. Tahniah ema. Hahahaha so nanti bila ema ade anak in sya Allah ema takkan bagi anak ema guna pencuci muka selagi kulit muka dia tak bermasalah. Yelah mak abah ema sendiri mana pernah pakai pencuci muka. Bersih je muka dorang. Guna wudhu je dah cukup. hehehehe




17.   Alat solek yang ema pandai guna hanya celak dan liptint/lipbalm. Selain daripada tu ema tak pandai nak pakai. Sebabnye mak ema sendiri tak pakai make up. Ema hanya ikut mak ema je. Make up yang mak ema pernah guna pun hanya lipstick dan celak mekah. Like Mother, Like Daughter. Ema takde kakak atau adik perempuan so memang takde keroje la nak memain make up.



18.   Ema ada tanda lahir yang bagi ema dulu agak memalukan, sekarang dah tak malu dah. Nak tau? ah tak yah lah amik tau. Tak penting pun. Kalau betul korang nak tau, meh jumpa ema meh. Ema cerita siap boleh tunjukkan lagi. Hahahaha



19.   Ema kalau boleh nak berkahwin sebelum umur ema mencecah 25 tahun. hahahahaha Now umur ema dah 23 so hanya ada masa 2 tahun je lagi untuk cari jodoh. Ciri-ciri suami idaman ialah Family-Guy, Sentiasa berfikiran positive dan bertanggungjawab di setiap perbuatan dan pekerjaannya. Hahahahaha ni iklan ke hape ni? Ah ape salahnye sambil menyelam minum air kan? kikikiki



20.   Impian ema nak ada bisnes sendiri iaitu Cafe/Cake House ema sendiri. Ema tak suka bekerja dibawah orang lain. Ema tak suka kena marah. Ema suka buat apa yang ema suka sahaja. Ema tak suka bekerja bila ema rasa tak de mood nak kerja. So bisnes sendiri maybe jalan untuk ema buat apa yang ema suka. I loves baking, i loves watching people smile and enjoying their food, i loves people doing art. Ema harap sangat suatu hari nanti bila ema dah ada cafe/cake hause ema sendiri, tempat tu dapat bagi kebahagiaan untuk semua orang tak kita la pekerja ema atau pun pelanggan ema. Happy tummy, happy me!





Oke ni je la fakta yang ema boleh fikir untuk share ngn korang. Kalau ade mana-mana fakta yang korang rasa macam tak logik tu, terpulang kat korang la. Tapi seriously memang tu fakta yang betul pasal ema. Tak caye sudah, name ko bedah, bontot ko sebelah. hahahahahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan