Daisypath Friendship tickers

Khamis, 19 Mac 2015

Nobody Perfect.

Assalamualaikum.. holla. annyeonghaseyo.. hahahaha whaddup!


lately ni ema nampak macam-macam yang sebelum ni ema tak nampak or tak perasan pun. Uish ini bukan cerita seram la. hahahaha serius INI BUKAN CERITA HANTU.


Ada orang tanya ema "Apa yang ema nak untuk masa depan ema?" . Soalan ni buat ema berfikir. Ema sendiri masih tak tau apa yang ema nak untuk masa depan ema. Ya ema mungkin tak sehebat orang lain. Ema tak belajar sampai tahap Universiti. Ema tak berkerja dalam sektor kerajaan. Ema tak pakai kereta mewah. Ema duduk menumpang di rumah abang ema. Gaji ema tak cecah pun RM 1500 sebulan. Dengan kos sara hidup di bandar yang sangat besar ni, berbekalkan gaji cukup makan, ema sangat-sangat bersyukur.


Sebelum ni ema pernah bekerja gaji RM2000 sebulan. Tapi masa tu ema sangat khilaf. Ema rasa gaji sebanyak tu masih lagi tak cukup. Ema tak bersyukur. Ema seronok sangat kejar hiburan dunia. Duit keluar macam air. Ema tamak. Tukar kerja macam tukar baju. Ema langsung tak fikir apa yang akan jadi masa akan datang.


Well sekarang ema dah nampak, kuantiti gaji tidak menampung kebahagiaan hidup. Gaji besar bermaksud kita kena beri komitmen yang besar. Gaji besar tidak semestinya kita gembira. Setiap kali bila ema fikir pasal diri ema yang sebelum ni, ema rasa menyesal dan agak sedih. Betapa bodohnya ema dulu.


Ema pernah susahkan ramai orang disekeliling ema. Ema pernah kecewakan harapan mak abah ema. Ema pernah pandang rendah dekat kawan-kawan ema. Sekarang ema dah nampak betapa teruknya pemikiran ema ada dulu. NEGATIVE THINKING! Yes nobody perfect. Betul kata orang, pengalaman mengajar kita.


Selagi ema tak rasa sakit, selagi itu ema tak sedar. Bila ema dah rasa sakitnya jatuh, baru ema jadi lebih berhati-hati. Zaman sekarang ni, ema tengok semakin ramai orang yang dah tidak tau adab. Sedangkan apa yang ema nampak semakin banyak universiti dan kolej-kolej yang melahirkan ramai graduan cerdik pandai. Tetapi kenapa masih ramai dan semakin bertambah bilangan manusia yang tidak beradab?


Ema tak marah pun. Ema just sedih tengok manusia zaman sekarang seperti kembali ke zaman dimana tiada peradaban. Zaman batu. People nowdays. Ema tak menuding jari pada sesiapa. Its just a random talk.


Ema teringin nak jadi macam watak utama dalam majoriti cerita Anime. Dimana pada mula cerita watak utama di tonjolkan sebagai "SPOIL" kemudian watak itu berubah menjadi "ROLE MODEL" atau "HERO".
Apa yang ema boleh cakap kat sini adalah tidak semestinya ema yang dahulunya seorang teruk, jahat atau "loser" tak boleh jadi seorang yang baik, positive dan "winner". Starting from now! Ema nak jadi seorang yang sentiasa menggembirakan dan menyenangkan orang lain. Ema pernah terbaca "Kalau kita menyenang atau memudahkan kerja orang lain, nescaya Allah SWT akan menyenangkan setiap apa yang kita kerjakan".


#HarapanSemangatKekuatan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan