Daisypath Friendship tickers

Rabu, 4 Mac 2015

Ema yang paling sedih di ketika ini.

Assalamualaikum..


Kenapa ema berblog untuk post kali ni? Ini bukan lawak oke.. Ema betul-betul tengah sedih.. Ema sendiri tak pasti kenapa ema sedih sangat?


Ema rasa macam ema hilang someone yang penting sangat bagi ema.. Padahal bukan nye ema tak boleh nak jumpa dia selama-lamanya.. Dia just balik rumah die untuk tinggal bersama keluarga dia semula je.. Bukan gi luar negara pun.. Dia still tinggal kat Malaysia oke! hahaha


Think Positive oke ema! Macam yang umi cakap kat ema pagi tadi, "Dia patutnya bersyukur kerana dia dapat peluang untuk buat pahala dengan cara menjaga mak abah dia yang sakit." "Mungkin itu ujian Allah SWT buat dia." "Allah SWT tidak akan memberi ujian kepada seseorang itu sekiranya dia tidak mampu untuk menghadapi dan melaluinya." "Tak semua orang dapat peluang untuk jaga mak dan abah mereka yang sedang sakit." "Kenapa sampai sekarang dia tidak ada pekerjaan tetap lagi?" "Ini mungkin sebab Allah SWT nak tunjuk pada dia yang dia perlu menjaga mak abah dia nanti." "Kalau dia ada kerja, mak abah dia pulak sedang sakit, bagaimana dia nak menjaga mak abah dia? Siapa je yang dia boleh di harapkan untuk menjaga mak abah dia? Adik-adik yang masih belajar, abang yang sibuk dengan kerja? Jadi inilah sebabnya. Allah SWT nak tunjukkan pada dia bahawa keluarga dia sangat memerlukan dia." "Sentiasa kembali kepada permulaan kita iaitu agama kita."



Ya! Memang Ema sedih, tapi pada masa yang sama ema bangga dengan dia sebab dia dapat peluang macam ni.  Allah SWT sememangnya adil dan amat menyayangi hambaNya. Ema tak akan halang dia untuk beramal buat kedua mak abah nya. In Syaa Allah, ada hikmah di setiap perkara yang jadi. Pahala yang berlipat kali ganda dia bakal dapat sekiranya dia ikhlas dan redha menghadapi ujian Allah swt ni. Jangan bersedih. La tahzan.


Ema dah nekad dan cuba nasihatkan diri ema sendiri supaya tidak jadi orang yang penting diri lagi! Keluarga lebih penting daripada segala-galanya. Kakak i miss u. Kakak i need u by my side. BUT your family needed u the most. Be nice toward your family. Don't worry. I will be okey. Gwencanna. Ema sentiasa doakan yang terbaik buat kakak. Eleh macam yang kakak cakap kat ema tadi kan, kakak still akan balik Putrajaya sekali sekala sebab kakak still ada medical checkup dekat Hospital Putrajaya. Memang ema takde hp canggih untuk whatsapp or wechat kakak, tapi ema still ade hp untuk buat call ngan mesej. Facebook pun ema still on cuma tak selalu je.




Kakak tau kan kenapa ema suka dan sayang kat kakak. Kakak sorang je yang selalu layan perangai merepek meraban ema ni. Kakak tau macam mana nak handle panas baran ema ni. Kakak sorang je yang selalu bagi ema jadi diri ema sendiri. Bila ema buat jahat, kakak selalu bagitau terus terang salah ema. Bila ema buat baik, kakak selalu senyum dan sokong ema. Kakak selalu positive kan ema setiap  kali ema down. Kakak selalu manjakan ema dengan macam-macam menda yang ema teringin sangat nak makan or buat or cuba perkara baru. Setiap kali kakak ada masalah, kakak still boleh layan perangai annoying ema dengan cara senyum. Kakak tak pernah berkira dengan setiap duit yang kakak dah berhabis untuk ema. Ema minta maaf kakak. Ema betul betul minta maaf sebab selalu buat kakak pokai. hahahaha seriusly ema tak sengaja. Ema takde niat langsung nak kikis duit gaji kakak. hahahahaha terima kasih kakak sebab sentiasa ada untuk ema bila ema senang dan bila ema susah. terima kasih sebab kakak banyak bersabar dengan ema. terima kasih sebab kakak sudi gelak dengar lawak bodoh ema yang langsung tak kelakar tu. Ema akan ingat semua nasihat kakak kat ema dulu tu sampai bila-bila. Ema janji untuk jadi sahabat, saudara, adik, kekasih yang awesome untuk kakak sampai bila-bila.



Jujur ema cakap masa ema drive balik dari hantar kakak tadi kan, ema nangis gila-gila. Malu sampai ema pakai cermin mata techno ema tu. hahahaha segan la orang pandang ema nangis sorang-sorang dalam kereta. kang orang salah faham plak, kot ingat ema baru lepas kena dump ngan boyfriend plak kan. Dulu masa arwah adik saudara ema meninggal pun ema nangis teruk macam ni. Yes! Masa ema tengah menaip ni pun, air mata ema still kuar. Jangan kata air mata je, air hingus, air liur, air hujan (mendung, hujan baru nak turun) abis sume kuar. hahahaha Don't worry kakak. Ema oke je. Biasa la. Ema memang macam ni. Nanti lama-lama dah biasa balik. Bila ema rindu kakak skali pun, ema still boleh kacau hidup kakak guna hp ema. Tag facebook kakak dengan mende-mende merepek. Time tu dah takde nak nangis-nangis lagi dah.. hahahahahah nampak tak ema terok? hahahaha drama je lebih! ema poyo! hahahaha pape pun ema nak cakap kat kakak,




 SARANGHAE!    NOOMU NOOMU SARANGHAEYO!




                 


         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan